Buah LABU bukan biashe-biashe..

Diet Serat Tinggi; Mengapa Saya Pilih LABU – Dr Zubaidi Hj Ahmad

Ia adalah salah satu daripada sayur-sayuran yang mempunyai kalori yang sangat rendah. 100 g labu menyediakan hanya 26 kalori dan tidak mengandungi lemak tepu atau kolesterol. Labu kaya dengan serat pemakanan, anti-oksida seperti vitamin-A, vitamin-C dan vitamin-E, mineral, vitamin.

Oleh itu labu adalah salah satu makanan yang disyorkan oleh pakar pemakanan untuk program mengawal k0lestrol dan pengurangan berat badan. Labu juga mempunyai vitamin A yang tinggi iaitu 7384 mg dalam setiap 100 g labu.

Vitamin A adalah anti-oks1dan semulajadi yang kuat dan diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kecantikan kulit. Ia juga adalah vitamin yang penting untuk penglihatan visual yang baik. Ia membantu melindungi dari kan.ser paru-paru dan kan.ser rongga mulut.

Ia juga adalah sumber yang sangat baik banyak poli-sebatian fenolik flavonoid semula jadi seperti α, karotin ß, cryptoxanthin, lutein dan Zea-xanthin. Zea-xanthin adalah antioksidan semulajadi yang menapis pancaran sinar UV (ultra-violet) dan melindungi macula lutea dalam pada retina mata.

Buah labu juga adalah sumber yang baik kumpulan B-kompleks vitamin seperti folates, niasin, vitamin B-6 (pyridoxine), thiamin dan asid Pantothenic. Ia juga adalah sumber yang kaya dengan mineral seperti tembaga, kalsium, kalium dan fosforus.

Khasiat Labu Dalam Kisah Nabi Yunus

 

Labu menurut sebahagian ulamak diisyaratkan oleh Allah dalam cerita Nabi Yunus. Apabila Yunus dimuntahkan daripada perut ikan yang besar beliau sakit lalu ditumbuhkannya untuk sejenis pohon daripada Yaqtin. Allah berfirman

فَنَبَذْنَاهُ بِالْعَرَاء وَهُوَ سَقِيمٌ وَأَنبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِّن يَقْطِينٍ﴾

“Lalu Kami lontarkan dirinya di kawasan lapang (tandus) sedang dia sak1t. Dan Kami tumbuhkan untuknya sebatang pohon daripada jenis “Yaqtin”” Surah al-Soffat ayat 145-146.

Yaqtin merujuk kepada pohon yang tidak mempunyai batang seperti labu dan tembikai. Menurut Ibnu Kathir, pandangan kebanyakan ulamak terdahulu Yaqtin dalam cerita Nabi Yunus merujuk kepada Labu. Ia juga diperkukuhkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani.

Labu bermanfaat untuk menghilangkan kahak. Sekiranya dilumur dengan tepung dan dibakar ke dalam oven airnya boleh diminum untuk mengurangkan kepanasan kerana demam. Jika dimasak dan diminum airnya dengan madu boleh mengurangkan kahak. Ia juga makanan yang baik untuk melawaskan perut. Ia boleh ditumbuk halus dan dijadikan balutan pada bengkak bagi mengurangkannya. Ia disebut dalam Zaad al-Ma’aad oleh Ibnu Qayyim.

Menurut Syeikh Zandani, Yaqtin adalah penawar untuk mikrob dan bakteria. Justeru ia sangat sesuai untuk menjadi penawar bagi kesakitan Nabi Yunus setelah berada sekian lama dalam perut ikan besar. Demikianlah mukjizat al-Quran.

Kredit 1; Dr Zubaidi Hj Ahmad
Kredit 2; Ust Dr. Khairuddin at-Takiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*