Bakal Graduan tidak dibenar masuk Dewan Konvo Kerana Baju Lengan Pendek, Respon spontan seorang pensyarah sungguh MENGKAGUMKAN…

Catatan Dr Azizul Azli Ahmad yang telah mendapat sanjungan ramai netizen dan viral di media sosial…

Penerbangan dari Sabah telan belanja sehingga RM800.

“Saya beli tiket last minit Doktor,” “Mak ayah tak dapat ikut sebab mahal”. Saya angguk tanda faham. Pelajar ini bergraduasi semalam. Rakannya juga asal Terengganu naik motor sahaja dan menumpang dirumah kawan.

Ketika orang lain bergembira berswafoto bersama keluarga dan kenalkan pada bakal mertua. Mereka bersendirian sahaja. Sebelum perarakan istiadat masuk, saya dihampiri petugas konvo.

Pelajar tidak dibenarkan masuk dewan konvo…

“Doktor, pelajar ini tidak boleh masuk sebab bajunya lengan pendek. Syarat istiadat baju mestilah berlengan panjang.” Semua orang mulai panik. Perbarisan pelajar mula berarak keluar menuju ke dewan. Pelajar ini buntu, dia ditahhan.

Dia datang jauh dari Sabah dan tak dibenarkan masuk kedalam dewan utama. Saya juga jadi buntu waktu itu, dalam saat singkat untuk membantu.

Wajahnya mula berubah. Dia sampai dari Sabah malam tadi selepas menaiki bas ke Kota Kinabalu 4 jam perjalanan dari Kuala lumpur ke Seri Iskandar 3 jam lagi dengan bus.

Saya bukakan jubah yang saya sarungkan dan berikan jaket yang saya pakai untuk dia gunakan, ia tindakan spontan.

Dia terus peluk saya. Bertakung air mata diwajahnya terharu. Urusetia bersorak gembira, saya juga terharu dibuatnya. Saya hanya lakukan spontan agar dia dapat naik bersama rakan graduan lain.

Tamat majlis istiadat, saya tahu dia tiada keluarga bersama. Maka saya bersama Prof Madya Dr Sabrizaa dan Dr Othman raikan mereka dengan makanan di McDonalds bersama sama.

Ketika kita ketawa bersama keluarga tercinta saat graduasi kita, ada mata yang bergenang air matanya kerana tiada keluarga bersama

“Saya rasa saya dah tak mampu sambung belajar lagi, sebab itu saya datang juga agar ada pengalaman kali terakhir ini”. Mendengar itu cukup membuat hati saya berkata.

“Lelaki ini pasti berjaya” Melangitkanlah impianmu wahai anak muda…

sumber; Dr Azizul Azli Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*