Kaki ayam; ia sampah bagimu tapi hidangan lazat buat keluargaku…

Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak di sebalik cerita. Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8!

Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.

Sedekahkan atau buang je…

Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain.

Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain. ‘Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.’ Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi. Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak.

Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. ?

Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam. Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak. ‘Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hangpa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil.

Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.’

Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung. ‘Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak ‘message’.

Kaki ayam menu special keluarga yang dah 2 hari tak makan…

Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan. Suami saya kena tangk4p polis kes mencur1.

Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menang1s l4par. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.

Malaysian Review

Ti, kak tulis ni pun sambil menang1s. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap ‘sampah’ ni.’

Allah Allah. Menang1s saya baca. Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh. Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelap4ran kerana kemisk1nan tapi kita langsung tak ambil tahu.

Yang paling d4hsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.? Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.  Khalas!

Beri kemudian lupakan.

Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir bur0k di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang sus4h. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serba maknika, berilah kami ruang untuk menghilangkan l4par orang yang teruji.

Sungguh, kamilah hambamu yang h1na dan selalu lupa… Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesus4han.

Moga Allah ampunkan kami.

Sumber; Pakar diari hati

Kredit : Ummu Muaz

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*