Semoga Allah bagi kekuatan dan ketabahan kepadamu Hana Saffiyah…

Ibunya yang juga seorang Profesor Madya dalam bidang kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dibun0h dengan KEJ4M oleh bapanya sendiri. Bapanya pula kini ditah4n rem4n kerana s4spek utama kes tersebut.

Ini foto yang dimuatnaik Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff di https://www.facebook.com/sitizailah.mohdyusoff ketika menziarahi anak mangs4 yang berusia 14 tahun, Hana Saffiyah, di rumah mereka semalam.

Kalau ikut laporan awal, si bapa siap bawa anaknya ini kononnya hendak ‘mencari’ si ibu sedangkan dia terlebih dahulu telah menjerut leher pensyarah tersebut dengan kain tudung sehingga lemas dan men1nggal dunia.

Bayangkan betapa tr4umanya anak ini, bayangkan betapa hancur dan luluh hatinya dengan kejadian yang menimpa. Tiada lagi kasih sayang seorang ibu yang sangat diperlukan untuk membimbing dan mendidiknya di usia remaja.

Semoga Ya Rabb memberi kekuatan padanya dalam menempuh dugaan maha hebat ini… Saya hilang kata-kata…

Kredit; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*