[Video] Alhamdulillah, Projek LPT3 telah diluluskan dan dijangka siap April 2022 –

Pelaksanaan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) telah diluluskan dengan kos kerja-kerja awalan keseluruhan berjumlah RM35 juta bermula Ogos 2020 dan dijangka siap April 2022.

Menteri Kanan Infrastruktur yang juga Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof menjawab persoalan berkenaan LPT3 yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Setiu semasa sesi Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, ia diluluskan menerusi satu surat bertarikh 3 Julai 2019 daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri.

“Oleh yang demikian, hala tuju, skop dan tarikh pelaksanaan bagi projek LPT3 ini hanya dapat dimuktamadkan setelah laporan kerja awalan bagi projek ini diperoleh,” tambah beliau.

Kredit; Ustaz Shaharizukirnain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*