Masya Allah, Daulat Tuanku, inilah Tengku Hasanal, bakal peneraju Pahang

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini selamat berangkat tiba dari puncak Gunung Tahan, setelah menemp0h pendakian selama 4 hari di dalam Program Kembara Eksesais Makmur.

Program kembara ini adalah cetusan ilham Kebawah Duli Pemangku Raja sendiri, untuk menyaksikan dan menghayati keindahan bumi bertuah Pahang Darul Makmur. Bersama-sama dengan Kebawah Duli Pemangku Raja di dalam Kembara ini adalah pegawai dan kakitangan Istana Abdulaziz dan pegawai serta anggota Batalion ke-12, Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize).

Sesungguhnya, rodong-rodong Pahang sekaliannya amat berbangga mempunyai seorang Pemangku Raja yang begitu cintakan negeri dan ingin menjelajah setiap inci dan pelusuk bumi bertuah Darul Makmur ini.

Daulat Tuanku.

Sumber; House Of Pahang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*