Aku hanya ada RM200 jak ni kak, pakailah utk beli tiket bas & utk makanan anak-anakmu…

Kali ni saya ingin kongsikan tentang amalan bersedekah. Saya bukanlah orang yang terbaik. Namun saya ingin kita semua ambil ikhtibar dan pengajaran daripada setiap cerita yang dikongsikan. Saya juga tidak berniat untuk membuka a1b orang lain.

Sebelum saya pergi jauh. Saya ingin bertanya dengan semua. Apa yang anda “akan fikirkan” dan “akan lakukan” jika dapat tahu seorang ibu yang sedang sarat mengandung tunggu hari melahirkan bersama dua orang anaknya dari Kota Kinabalu datang ke Sandakan untuk bertemu mertuanya. Namun mereka dihal4u pulang oleh mertua?

Apa yang anda akan lakukan bila berhadapan dengan situasi tersebut ? Cerita ini sebenarnya berlaku seminggu sebelum hari Raya Aidil Adha baru ini.?

Ketika itu hari Isnin dihadapan pejabat kami “Rumah Abam Botak”. Kami begitu sibuk hari itu. Banyak jenazah yang perlu dibantu. Stok kain kaf4n dalam kenderaan pula sudah kehabisan. Saya bersama dengan seorang lagi crew bergeg4s ke Rumah Abam Botak.

Sampai saja dihadapan RAB, aku tidak turun dari kereta lagi. Hanya sahabat saya saja Azwan yang turun. Dari jauh aku melihat seorang wanita yang sarat mengandung bersama dua orang anaknya seperti sedang menunggu seseorang. Ketika itu aku hanya memandang gelagat mereka.

Dia bertanya kepada Azwan, “Ada Abam Botak ka? Boleh saya jumpa dia”?
Bilang si Azwan. Tu na dia dalam kereta. Sambil tunjuk ke arah kereta jenaz4h.
Aku pun terus turun dan bertanya ada apa yang perlu kami bantu?

Menurut kakak tu dia dari Kota Kinabalu. Datang ke Sandakan untuk ke rumah mertuanya. Tujuannya untuk menghantar dua orang anaknya itu untuk dijaga sementara oleh mertuanya kerana dia hendak bersalin. Namun mereka telah dihal4u. ?

Ikutkan hari Isnin itu adalah hari dia dikehendaki masuk wad sudah. Dan dijangka esoknya hari selasa hari dia akan bersalin sudah. Jumaat tu pula hari Raya Aidil Adha.

Dia mula datang ke Sandakan pada hari jumaat minggu yang lalu. Oleh kerana dihal4u mereka terp4ksa menumpang di masjid berhampiran. Katanya kalau abam tidak percaya boleh tengok kad pengenalan saya, sambil dia hulurkan kepada saya.

Saya cakap “eh ndak payahlah kasi tengok”
Aku cakap dengan dia mana suamimu kak?
Dukacitanya, suaminya telah dimasukan ke dalam penj4ra.?

Ibu bapanya juga engg4n menerima keberadaan mereka di Kota Kinabalu. Maknanya ke kanan ditolak ke kiri juga ditolak. Kedepan dan belakang juga sama.? Dalam hatiku berkata, Aduh sukarnya hidup kakak ni.??

Aku lanjutkan lagi pertanyaan. Jadi apa yang boleh saya bantu kak?

Katanya dia ke Terminal Bas Bandar Letat untuk mendapatkan s1mpati Bas Express yang hendak ke Kota Kinabalu. Mana tahu dapat ehsan dikecualikan bayaran. Namun sebelum ke sana dia cuba cari-carilah dulu dengan orang lain.

Dia berjalan sekitar hotel sebelah pejabat kami. Dan bertanya jika boleh diberikan bantuan. Akhirnya staff hotel cadangkan untuk berjumpa dengan saya. Sebab tu dia tunggu saya datang. Dipendekan cerita. Dia hanya perlukan wang untuk tambang balik ke Kota kinabalu saja bersama-sama anaknya. Mereka sudah kehabisan wang. Ketika itu anaknya juga sudah kelap4ran.

Masa tu dalam poketku hanya ada RM250 saja. Itu sajalah duit saya yang berbaki untuk isi minyak kedua kereta jenaz4h yang bergerak hari tu. Oleh kerana sibuk hari tu. RM50 pula saya peruntukkan untuk kos makan kami kesemua crew.

Aku cakap dengan dia. Aku hanya ada RM200 jak ni kak. Pakailah untuk beli tiket bas. Selebihnya pakailah untuk makanan anak-anakmu. Aku tahan jak air mata masa bagi tu. Kerana apa? kerana aku hanya ingatkan anak-anakku di rumah.

Selang beberapa hari. Aku terima mesej ni pula daripada crew kami saudara Rafik. Dia ni kerja sendiri baiki Laptop. Katanya ada customer sumbangkan RM200 untuk urusan Abam Botak. Ya Allah, masa aku dapat mesej tu dalam hatiku berkata, Ya Allah engkau memang dekat dengan kami. Terima kasih banyaklah ya Allah.

Teman-teman, begitulah seni kehidupan. Ianya sentiasa berputar. Kadang-kala kita berada dalam kesemp1tan. Sukar untuk meneruskan kehidupan, namun teruslah berdoa dan berserah hanya kepadanya. Biarlah Tuhan saja yang memandu dan menentukan hala tuju hidup kita.

Saya rasa, akak tu pun sudah selamat melahirkan anaknya. Saya doakan semoga dia dan anak-anaknya dipermudahkan segala urusan. Kelak Anak-anaknya membesar menjadi orang yang berguna dan membalas jasa-jasa ibunya. Meskipun jasa orang tuanya itu sudah tentu tidak dapat dibalasnya.

Sumber; Abam Botak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*