PETRONAS bantu rakyat musim pendemik dibalas ‘cash’ oleh Allah

Berkatnya rezeki PETRONAS bantu rakyat… Jasa besar PETRONAS ketika kita dilanda pendemik dibalas ‘cash’ oleh Allah s.w.t. dengan siri kejayaan penemuan minyak dan gas baru berturut-turut tahun ini. Segalanya bermula tahun lepas, bila Petronas buat bayaran berganda kepada kerajaan untuk ringankan beban rakyat yang terhimpit dengan pendemik.

Asalnya Petronas bayar RM24 bilion dividen, kemudian ditambah lagi RM10 bilion pada November! Allah Maha Kaya dan Maha Pemberi Kekayaan. Beberapa bulan saja selepas bayaran tambahan RM10 bilion itu, pada 10 Februari 2021, Petronas telah mengesahkan penemuan gas baharu di luar pantai Sarawak yang disifatkan sebagai luar biasa.

Telaga penilaian penerokaan Lang Lebah-2 di Wilayah Luconia Tengah, kira-kira 80 kilometer dari Sarawak itu telah diuji dan memberi aliran sebanyak 50 juta kaki padu gas sehari dengan jumlah gas yang ketara.

Kita semua tahu kemudiannya situasi pendemik semakin kritikal. Maka pada 20 Februari 2021, PETRONAS menegaskan bahawa bukan saja ia komited akan bayar RM18 bilion dividen kepada kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, tetapi juga bersedia membayar dividen tambahan demi kurangkan kekangan kewangan negara susulan kesan pendemik yang belum berakhir.

Sekali lagi Allah balas ‘cash’ kepada PETRONAS. Empat hari saja lepas PETRONAS isytihar sanggup bayar dividen tambahan, iaitu pada 24 Februari, Petronas mengumumkan penemuan gas dari telaga Dokong-1, di laut cetek Wilayah Baram, kira-kira 90 kilometer dari perairan Sarawak.

Malah, Senior VP Petronas Mohamed Firouz Asnan menyifatkan eksplorasi Dokong-1 ini sebagai antara ‘the most recent successes in the country’s exploration activities”. Dalam hari yang sama, anak syarikat PETRONAS iaitu PC North Madura II Ltd diumumkan menemui minyak di telaga eksplorasi Hidayah-1 di luar pantai Jawa Timur, Indonesia.

Naib Presiden Eksplorasi Huluan Petronas, Emeliana Rice-Oxley menyifatkan penemuan ini sebagai ‘satu kejayaan penting’ kerana ia membuktikan potensi pengumpulan karbonat di kawasan tersebut.

Sungguh, kronologi penemuan demi penemuan minyak dan gas Petronas ini – setiap kali ia membantu rakyat dan negara yang dalam kesusahan – membenarkan janji Allah kepada hamba-hamba-Nya.
Semoga keberkatan rezeki Petronas dan negara terus melimpah-ruah dan krisis pendemik ini akan segera berakhir. Amin Ya Rabb.

Kredit; Abdul Muein Abadi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*