Menarik; Cikgu Emmet ulas isu cikgu B. Inggeris kena bahan dgn warganet…

Sehari dua ni, tular kisah guru yang mengajar di DidikTv menjadi bahan ketawa sebahagian warganet. Dari level artis, dj radio hinggalah orang awam. Ok ramai guru-guru yang ada pengaruh dan ramai pengikut sebelum ini memberi ulasan bahawa mengajar di kelas dan mengajar secara rakaman sangat berbeza.

Betul tu. Sangat berbeza kerana mengajar ini bermakna mesti ada hubungan dua hala dengan pelajar barulah proses pembelajaran berlangsung dengan baik. Saya sendiri pernah membuat sessi micro teaching secara rakaman semasa belajar pun terasa lain. Konfiden dan bahasa arahan jadi tunggang langgang sebab menyedari ada kamera.

Malah tanyalah mana-mana guru sekalipun takkan selesa mengajar jika ada ibu ibu murid mengintai di tepi tingkap. Malah guru mana pun akan bergegar lutut dan berterabur segala skill bila di observe oleh nazir secara tiba-tiba.

Dalam isu ini saya mohon pihak KPM memberi masa yang sesuai supaya guru-guru yang dipanggil untuk mengajar bersedia dengan lengkap. Mungkin di kursuskan dahulu guru guru ini dengan penerbit supaya dapat menghindarkan kegugupan.

Jika tergesa gesa nak cari guru.. Carilah yang benar benar biasa dengan crowd. Bukan semua guru boleh berdepan dengan penonton. Mereka yang selalu memberi tips menjawab soalan di seminar yang dihadiri puluhan dan ratusan murid sahaja yang mampu berhadapan dengan penonton skala besar.

Jadi panggillah mereka. Semasa PKP 1 ramai guru guru mahir ini dipanggil untuk rakaman. Jadi apa salahnya gunakan semula guru guru ini. Mungkin perlu ada ‘penapisan’ sebelum rakaman disiarkan bagi memastikan boleh dibuat pembetulan dan tambah baik kepada guru tadi.

Sebutan yang kurang jelas dan menghasilkan maksud berbeza menyebabkan ramai yang mentertawakan guru ini. Memang diakui di pihak guru memang ada kesilapan yang dilakukan. Tapi membahan guru ini dengan membuat rakaman tiktok ini memberi reaksi ketawa terkekeh kekeh bukan sesuatu yang baik.

Jadilah macam pelakon Adibah yang mahu membantu KPM dengan menjadi pengantara dan mengajar kerana dia ada kemahiran. Bukan terkekeh kekeh di tiktok dan membuka laluan followers mereka mengutuk dan mengh1na guru.

Tuan puan sahabat yang dihormati, Guru-guru juga pernah melihat majlis yang dikelolakan oleh segelintir warga awam bukan guru yang jauh lebih ter0k. Pernah sebuah jabatan kerajaan membuat majlis dimana pengerusi majlisnya tidak memberikan kata kata aluan menyambut dif kehormat yang dijemput sebagai perasmi.

Malah ada juga masjis yang dibuat begitu kelam kabut cara organisasinya. Namun kami guru-guru diam sahaja. Tak pulak mengada ngada nak rakam dan post di media sosial. Bagi kami guru guru…maruah orang perlu dijaga. Kalau kita tak boleh menyumbang janganlah berkata kata sumbang. Jika tak mampu membantu jangan lah pula bersekutu menge.jek melulu.

Guru bukan sempurna itu benar. Namun guru mempunyai keberkatan atas ilmunya juga benar.
Jadi jangan dih1na pada kekurangan, dicel4 pada kesilapan tapi bantulah dengan menambah yang baik menampung yang kurang.

Sekian terima kasih. Maaf atas sedikit rungutan.

Kredit; Cikgu Emmet Menulis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*