Nasihat Adam Corrie kpd parent & pasangan yg nk kahwin campur…

Sabda Rasulullah ﷺ : Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya, Jen4zah apabila telah siap pengub0rannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Saya banyak terima PM dari org yg saya tidak kenali meminta pandangan dan nasihat ttg kehidupan seharian. ANAK BUJANG NAK BERKAHWIN TP IBUBAPA HALANG. Yang ramai PM dgn saya adalah kisahnya hendak berkahwin dgn pilihan hati iaitu yang berlainan bangsa dan berlainan agama asalnya dan telah memeluk Islam.
Mereka telah bercinta bertahun-tahun dan berniat berkahwin tp tidak direstui keluarga. Beginilah, ibubapa kita mungkih kurang yakin dgn pilihan kita kerana pelbagai faktor. ibubapa mana yang tak sayangkan anak dan ingin melihat anak mender1ta.
Jika kita rasa pilihan kita itu yang terbaik untuk diri kita, kita kena tunjukkan pada ibubapa kita ‘dia’ insan yang layak menjadi pasangan hidup kita dan mampu menjadi insan yg baik. Ibubapa kita mungkin t4kut kita tak amalkan ajaran Islam jika berkahwin pilihan hati sendiri kerana melihatkan keadaan anda bersama bf/gf amalkan kehidupan tanpa segan silu ke hulu ke hilir berdua-duaan setiap hari.
1. Pertama betulkan NIAT nak berkahwin dgn BANGSA lain.
nak kahwin bukan sebab CINTA n4fsu, HARTA dan sebagainya. kalau niat dah salah … betulkan Segera, luruskan niat.
contoh ;
“Aku berniat hendak berkahwin dgn si ‘folan keranaMu Allah. Semoga perkahwinan ini menjadi jambatan aku dan ‘si folan’ menyebarkan keindahan Islam dan ke syurgaMu Ya Allah.”
2. Solat Taubat, Solat Istikarah dan Solat Hajat secara kerap. bkn bila perlu je..
3. Betulkan gaya hidup kita dan ‘Si Folan’ mengikut kehendak syariat Islam.
Kalau kita pon masih minum ar4k , macamana la ‘si folan’ ni faham Islam. Ibubapa kita pon takut lah tengok. Ilmu agama kena mantap di dada dan amalkan.
Kalau kita SUJUD pd Allah pon setahun sekali macam mana nak kahwin dgn saudara baru ni. Bukan senang kahwin dengan saudara baru ni kalau kita pon tak buat persediaan yang mantap sebagai muslim. Kalau kita senang-senang je bagi peluk-peluk, muahh muahh lagi sebelum halal. Macam mana dia nak faham Islam. Dia ingat hug-hug tu normal…
4. Pastikan dah buat persediaan kewangan yang baik. Kahwin bkn bukan setakat cinta je, ekonomi juga penting. Lepas kahwin banyak duit nak kena pakai.
5. Yakinkan ibubapa bahawa anda bersedia untuk berkahwin dgn saudara baru. selainnya berserah pada Allah.
Pada ibubapa pula, kalau pilihannya anak itu dah ok, dah ada duit nak kahwin, dah nampak ciri-ciri boleh menjadi pemimpin keluarga tu ada, kahwinkan sahaja. tak perlulah bagi alasan tak suka dgn bangsa ni, bangsa tu, tak suka adat bangsa dia, tak suka warna kulit dia, kalau ada yang kurang, bagi tunjuk ajar pada saudara baru tu.
Dah kata saudara baru memanglah banyak yg tak tahu pasal Islam dan memahami budaya melayu kita.
kalau cara saudara bru dtg meminang kurang gayanya, tak seperti adat org melayu atau adat bangsa lain.. jgn dijadikan sebab tu tak terima dia sebagai menantu.
Buanglah ego itu jauh-jauh…… terima mereka Iaitu saudara baru sebagai amanah dari Allah untuk dpt pahala dgn cara begini. Kepada saudara baru, terus usaha belajar mendalami agama Islam dan mantapkan akidah.
Kepada anak-anak, RESTU ibubapa itu penting…
Saya bukanlah pakar motivasi, saya bukanlah ustaz, jauh sekali nak menyibuk hal peribadi org lain, saya cuma seorang artis cina biasa sahaja. tak layak pon nak bg pandangan dan nasihat. Tak ada manusia yang sempurna. Nak jadi lebih baik kena perbaiki diri dgn ilmu. nak ada ilmu kena berguru, nak berguru cari guru yg betul-betul bertauliah.
Ambil yg dirasa sesuai shj apa yg saya tulis ni. tak sesuai jgn ikut.
senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang
Kredit; ADAM CORRIE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*