150 pekerja asing MOGOK kerana dikurung di asrama

BATU MAUNG – Kira-kira 150 warga asing mogok apabila mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama selain ke kilang. Kejadian itu dilaporkan berlaku semalam di kawasan asrama warga asing di Batu Maung. Difahamkan asrama itu menempatkan pekerja warga asing dari tiga buah kilang sekitar Bayan Lepas.

Difahamkan, kesemua pekerja itu tidak dibenarkan keluar sejak empat bulan lalu dengan alasan menangani penularan w4bak C0vid-19. Selain itu, pekerja asing berkenaan juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama bagi membeli makanan, minuman serta keperluan harian.

Segala pembelian perlu menerusi online bagi penghantaran terus ke kawasan asrama. Mogok yang berlangsung selama 15 minit itu menunjukkan pekerja asing itu keluar dari unit kediaman masing-masing sebelum melaungkan ayat ‘bebaskan’.

Kehadiran wakil majikan serta pengurusan beberapa kilang akhirnya meredakan keadaan. Tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.

Kredit Sumber – Malaysia Gazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*