Dulu aku pernah hutang dgn mak utk buat bisnes…

Dulu aku pernah berhutang dengan mak aku sebanyak RM2,400 untuk jalani perniagaan sebab time tu aku pokai, bisnes down. Aku try another business. Then mak aku setuju untuk bagi aku pinjam wang, aku bagitau aku akan bayar tapi tak tahu bila sebab aku tak boleh bagi jangkamasa.

Mak aku siap offer nak bagi pinjam lebih tapi aku hanya perlukan sebanyak RM2,400 untuk topup bisnes. Aku memang niat dari awal duit tu untuk aku run business, bukan untuk berlagak beli itu ini, bukan untuk downpayment kereta, bukan untuk beli handset, bukan untuk kepentingan lain.

Lepas je pinjam aku pun run perniagaan adalah untung sikit, masa tu rasa sayang pulak nak bayar walaupun aku mampu bayar RM2,400. Sebab dalam fikiran aku time tu eleh takpe duit mak aku bukan duit orang lain pun.

Lagipun mak aku tak mintak lagi. Masa tu aku ni langsung tak fikir tentang adik beradik aku yang lain yang berhak atas duit tu, aku langsung tak fikir macam mana hidup mak aku. Apa jenis anaklah aku ni.
(mar4h diri sendiri).

Sampailah aku dengar kuliah tentang hutang. Banyak hadis yang dibentangkan penceramah antaranya siapa yang sengaja lengahkan bayar hutang adalah 1 kezal1man, siapa yang berhutang kemudian niat tak nak bayar maka dia akan hadap Allah sebagai seorang pencur1, d0sa orang yang mat1 syah1d diampuni kecuali hutang, nabi tidak solat jenaz4h yang ada hutang.

Walau berhutang dengan adik beradik, dengan mak bapak wajib kena bayar sebab nanti akan jadi harta pusaka. Aku time tu mula t4kut, resah dan gel1sah, patutlah aku rasa lain macam, duit asyik tak cukup je time tu, cepat masuk cepat je keluar duit tanpa sedar.

Lepas tu aku terus call mak aku, aku tanya mak aku pasal duit yang aku pinjam tu? Kira pinjam ke? Mak aku kata aah. Mak ingat nak mintak tapi fikir biarlah dulu. Siap detail mak aku tanda dalam buku, bagitau tarikh aku ambik, jumlah aku ambik walaupun dah lama berlalu.

Sebenarnya bukan soal berapa RM aku pinjam tapi soal dah deal dari awal atas dasar pinjam, kalau nak kira lebih dari tu mak bapak habis besarkan kita. Aku terus bayar kat mak aku RM2,400 sebab aku t4kut dengan anc4man yang terjadi pada diri aku melalui hadis nabi salallahualaihiwassalam.

Lepas saat tu aku tak pernah lagi mintak pinjam dengan mak aku, apatah lagi nak mintak free duit dari mak aku cukuplah dah banyak mak aku sus4h pay4h besarkan aku. Dengan orang luar memang aku tak pernah mintak pinjam duit.

Nasihat aku, bayarlah hutang walaupun hutang tu RM1. Walau kau berhutang dengan mak bapak kau sendiri. Hutang wajib dibayar walau tidak ditunt0t. Lagi ter0k bila mak bapak mat1 harta tu akan jadi harta pusaka.

Jangan jadi macam aku yang lepas, tu pun nasib baik terh4ntuk terdengar kuliah terbuka hati, kalau tak kesian mak aku sampai sekarang, nak mintak tak sampai hati, jadilah aku sebagai penzalim kepada mak aku sendiri.

Lagi bertambah kesian, kalau kau pinjam duit dari bapak kau, bapak kau men1nggal dunia tapi mak kau masih ada, sepatutnya harta peninggalan ada bahagian mak kau tapi disebabkan kau tamak, kau fikir tu harta bapak kau then kau buat diam bahagian mak kau. Mak kau dah takde apa2 lagi, untuk teruskan hidup.

Jgn kau jadi per0mpak harta mak bapak kau sendiri. Tak berkat kau hidup. Kau tak caya cuba kau tengok hidup kau sekarang macam mana? Mesti hati sentiasa berdebar, rezeki tu tersekat, duit masuk senang je keluar.

Lihat hasil dari mana kau dapat untuk bisnes, dari hutang ke? Dari curi ke? Dari judi ke? Dari mel4curkan diri ke ? Semua ni penting sebab akan jadi dar4h daging dan punca rezeki kau terbit.
Mulakan sesuatu dari hasil yang halal walaupun kau terp4ksa berpeluh, kau terpaksa bersus4h asalkan Allah redha.

Kredit: Muhammad Ezral via Kisah Zakat Malaysia
Foto : Hanya sekadar Hiasan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*