Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga bisnesmu…

Chicken Royale Bandar Tun Hussein Onn.

Kami sekeluarga datang ke sini selepas maghrib tetapi kami hairan kenapa tiada staf di kaunter mahu pun di ruang dapur. Hanya pelanggan yang sedia ada sedang menikmati hidangan masing-masing.
Ada pelanggan yang baru datang pun terp1nga-p1nga, tapi sabar menanti. Kedai makan ini memang buat konsep layan diri (order, pay and grab), tapi Macam mana nak buat pesanan?

Kami meninjau di ruang belakang kedai makan lalu terlihat sekumpulan pekerja kedai ini sedang solat berjemaah. Semua pekerja solat tanpa ada seorang pun yang ada di bahagian depan. Bacaan pekerja yang menjadi imam pun lunak dan sedap didengar.

Saat ini kami disapa rasa m4lu. Ya, malu sebab kami yang belajar sesuatu dalam agama belum tentu betul-betul mengamalkan apa yang kita tahu. Tahu sahaja tak cukup. Faham sahaja tak cukup.
Penghayatan dan amalan itu yang utama.

Soal rezeki, kebaikan dan fadhilat itu kita banyak manis di mulut tapi praktisnya, kita kadang-kadang ada keraguan dan berkira-kira dengan Tuhan. Sedangkan janji Allah itu mutlak pasti dan mesti. Kunci rezeki bukan terletak kepada kesungguhan dan kerja keras, tetapi keyakinan dan ketaatan kepada Pemberi Rezeki.

Terima kasih kepada pemilik kedai makan ini. Pengajaran yang baik buat kami dan para pelanggan yang lain. Semoga pemilik perniagaan ini beroleh limpahan rezeki dan kebaikan dalam urusan  perniagaannya.

Alhamdulillah, makanan sedap dan harga berpatutan.

Kredit; Mohdhazimin Harun (KZM)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*