[Video] Peluk Islam di usia 20 tahun tapi skrg dia aktif aturkan kuliah di Ipoh

Bro Nassir Abdullah memeluk agama Islam pada usia 20 tahun iaitu kira-kira 30 tahun yang lalu. Namun itu tidak mengh4lang beliau memberi sumbangan yang amat bermakna kepada dakwah di seluruh Ipoh, Perak.

Ketika ditanya oleh Ustaz Syed Norhisyam semasa ‘LIVE FB’ beliau menceritakan pengalamannya mengatur kuliah di masjid dan surau di Ipoh, beliau mengaturkan jadual ceramah dan kuliah hanya dari dalam lori, bukan sikit bro, 70 kuliah sebulan! Masya Allah…

Beliau yang sebelum ni bekerja sebagai ‘salesman’ dengan memandu lori memberitahu setiap kali berhenti di lampu isyarat, beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai pengatur kuliah. Dulu memandu lori, katanya ;

“Di atas lori inilah saya atur jadual kuliah ustaz2, saya wasap ustaz untuk jemput dan remind tarikh kuliah…..saya berharap, handphone saya ini akan menjadi saksi di akhirat nanti…”

Mari tonton video yang menarik ni…

Kredit; Syed Mohd Norhisyam al-Idrus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*