Wow! Biarpun bukan Muslim tapi Dharsini skor subjek 94% subjek Tasawwur Islam

Singgah bertemu anakanda Dharshini di SMK Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Saya dimaklumkan anakanda Dharshini memperoleh markah 89% untuk subjek Tasawwur Islam dalam Ujian Diagnostik SPM.

Beliau mengambil subjek elektif Tasawwur Islam dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dalam kesempatan yang ada, saya menyampaikan sedikit sumbangan buat anakanda Dharshini dan ibunya sebagai penghargaan. Saya juga menyampaikan sumbangan kepada SMK Danau Kota melalui Puan Pengetua yang turut hadir sebentar tadi.

Sekalung tahniah diucapkan kepada anakanda Darshini, guru Tasawwur Islam beliau dan juga Puan Pengetua SMK Danau Kota. Saya doakan kecemerlangan anakanda Darshini dalam Sijil Pelajaran Malaysia kelak.

Kredit; Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri & TV Al Hijrah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*