Jika anda fikir doktor ni cakap kosong, teruslah bagi anak makan sosej…

Dalam banyak ceramah saya mengenai kesihatan, selalu saya ingatkan pada ibubapa terhadap makanan yang diberikan kepada anak-anak. Saya faham keadaan ibubapa yang sibuk dan tergesa-gesa menyiapkan anak ke sekolah.

Ada di antara kita sebagai ibubapa yang menyediakan sosej sebagai sarapan pagi atau bekalan makanan ke sekolah kerana ia mudah disediakan. Ia boleh digoreng, direbus, dipanaskan dengan mikrowave dan ketuhar. Secara purata anak-anak memakan antara 3-5 batang sosej yang disediakan oleh ibubapa mereka.

Sering memberikan sosej pada anak-anak bersarapan bukanlah suatu amalan yang bagus. Dalam banyak kajian dibuat, sosej tidak memberikan sebarang nutrisi, kecuali daging dan tepung sahaja. Malah ia memberikan kesan bur0k kepada kesihatan jika diambil secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak.

Hentikan bagi anak makan sosej…

Sebaiknya amalan memberikan sosej pada anak-anak sama ada untuk sarapan atau bila-bila masa harus dihentikan kerana ia mengandungi lemak trans (transfat), tinggi kandungan garam, tinggi bahan perasa, bahan pengawet, dan bahan tinggi.

Dengan itu ia memberikan kesan negatif seperti meningkatkan tahap “kolestrol jah4t”, meningkatkan risiko obesiti dan meningkatkan ris1ko mendapat penyak1t diabet1s, h1pertensi, ser4ngan sak1t jantung dan k4nser usus besar (colonorectal c4ncer).

Dalam banyak kajian menunjukkan bahan nitrate yang terdapat pada bahan pengawet yang dicampurkan ke dalam sosej ini boleh menyebabkan k4nser usus. Nitrites akan ditukarkan oleh bakteria di dalam usus kepada N-nitoso apabila melalui proses penghadaman. *N-nitroso* merupakan bahan k0mpaun yang penyebab kanser *(carcinogenic)*.

Kajian yang dilakukan oleh *WHO’s International Agency for Research on C4ncer* pula mengatakan setiap 50g daging proses yang dimakan, ia meningkatkan ris1ko kanser usus sebanyak 18%. Jadi saya mencadangkan agar anak-anak kita makan makanan yang lebih bernutrisi ketika bersarapan seperti telur, bersama mi atau nasi yang banyak sayur-sayuran.

Berikan mereka buah-buahan yang segar. Makanan sebegini lebih bernutrisi untuk mereka. Jangan lupa sesudu minyak zaitun untuk mereka. Semoga bermanfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*