Jika isteri sedang MAR4H, lakukan ini kepadanya…

Kalau kita nampak isteri kita tengah naik mar4h, tengah memblebel, tengah merapu, tengah menjer1t, tengah naik angin… Tak pay4h buat benda lain. Jangan tanya. Jangan tegur. Jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.

Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak pay4h cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk. Dia mungkin menjer1t dan mar4h. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di tahap emosi yang paling lemah.

Kalau ada orang peluk dia waktu ni… Dia boleh menangis teresak-esak. Dia boleh mengadu tersedu-sedu. Tobat lahum. Dia taknak jadi begitu. Dia nak jadi anak yang baik. Dia nak jadi isteri yang solehah.
Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.

Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami. Isteri bukan terlahir sebagai orang yang mar4h-mar4h dan suka mar4h. Kalau dia memang jenis bar4n, dari dulu pun suami takkan berkenan.

Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak. Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.

Kredit: Siti Suryani Yaakop via Abudi Alsagoff

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*