70 hari jaga anak-anak krn isteri sambung belajar Phd di UK; Mr Mama yg HEBAT

Pagi ni di MHI menjemput lelaki yang viral kerana sanggup berk0rban 70 hari menjaga anak-anak dan rumahtangga di Malaysia ketika isterinya ke UK menyambung PHD tahun lepas. Bila ditanya, apa hikmah yang dia dapat selepas pengalaman berharga ni, ini jawapannya…

Saya merasakan orang lelaki ni mungkin lebih kuat dari segi fizikal, tetapi dari segi emosi dan mental perempuan lebih hebat. Selama 70 hari tu, emosi saya sangat penat, sangat penat’

Pada saya pula, wanita tu bukan kuat kerana emosi dan mental semata. Mereka lebih kuat kerana kasih sayang. Kerana kasih dan sayang terhadap suami dan anak-anak. Cuma ketahuilah bahawa, terkadang wanita juga kalah dengan emosi. Kerana penat yang tak mampu diceritakan. Stress yang tak mampu difahami orang lain. Rahsianya,wanita ni bijak sembunyikan emosi supaya terlihat kuat dimata anak-anak dan suami.

Dan ketahuilah juga, suami yang membantu dalam urusan rumahtangga walaupun sedikit, cukup besar maknanya buat isteri. Dan, pesan ustazah Isfadhiah, lelaki benamkan sedikit eg0, berterima kasih dan bersyukur. Insyaallah sejahtera rumahtangga.

Nak baca kisah penuh?

Selamat Tahun Baru 2020. Selamat tinggal 2019. 22 Oktober 2019 sampai 31 Disember 2019
Ini tempoh masa di tahun 2019 yang aku takkan lupa sampai bila-bila. 70 hari wife aku ke UK atas urusan pengajian PHD.

Tinggal kami 4 beranak di Malaysia. Aku dan 3 orang anak usia 7 tahun, 5 tahun dan 3 tahun. Banyak kejadian yang berlaku dan benda baru yang aku belajar. Banyak juga pengajaran untuk aku sebagai seorang lelaki, suami dan ayah. Panjang entry ni. Bacalah. Ini pengalaman aku.

Aku diuji dari segi mental. Diuji dengan tahap kedeg1lan dan kebu4san anak-anak. Dulu ada dua singa mengaum dalam rumah. Sekarang tinggal satu singa ja. Hahaha… Ini yang terjadi dekat aku yang sangat-sangat menguji tahap kesabaran aku. Tiga kali.

First, depa buat pesta telur dalam bilik air. 10 biji telur diseludup dari dapur dan dipecahkan dalam bilik air. Mandi telur. Habis satu rumah bau telur. ? Second, depa buat pesta ubat gigi. Ubat gigi colgate saiz besar baru beli dipicit dan dilumur dalam bilik air. Habis satu rumah rasa berangin. ?

Third, depa buat pesta slime. Penuh rambut dengan slime. Jenuh tonyoh nak bagi tanggal. ?
Bila kita mar4h depa reyau panggil nama ibu. Aduhhh. Dari marah terus berombak dada. ? Untuk mengelak kejadian yang sama berulang, terpaks4lah aku yang mandikan atau pantau aktiviti mandi-manda depa.

Itu belum lagi aktiviti sepah-menyepah. Boleh dikatakan setiap hari kena kemas dan menyapu rumah.
Huh! Perit. ?‍♂ . Urusan sekolah bukan setakat pagi-pagi hantar anak-anak ke sekolah. Malam sebelumnya dah bermula urusan sekolah. Iron baju, iron kain, iron tudung. Susun buku dalam beg ikut jadual. Check alatulis.

Pagi-pagi pulak nak berper4ng dengan depa punya mood. Kelam-kabut aku sorang-sorang nak handle 3 orang. Dengan nak ligan masa lagi.
Stressss aku! ?

Korang pernah rasa jantung terhenti sesaat bila anak hilang dari pandangan? Ni yang selalu jadi kat aku bila bawak anak-anak pi shopping barang-barang rumah. Hang ada dua biji mata yang hang nak tengok barang dan dalam masa yang sama nak kena tengok tiga orang anak.

Yang paling kerap hilang dari pandangan si hero. Lari serupa peles1t. Sup sap sup sap. Hilang!
Dah la nak cari barang yang nak dibeli bukannya senang. Jenuh pusing satu mall.
Letih oi! ?

Untuk yang nak baca sendiri catatan peribadi En. Effendy tentang pengalaman 70 hari beliau, saya sertakan link di bawah ni ya. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218045712766030&id=1582890098

Dan admin nak share kesimpulan yg dibuat oleh sang suami yg touching…
70 hari yang sangat meletihkan tapi ini peng0rbanan aku sebagai seorang suami untuk memenuhi impian dan cita-cita seorang isteri. Aku ikhlas.

Kredit; Nawwal Nordin Hanif Zakaria (Viral Media Johor)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*