Alhamdulillah, Mahkam4h tolak permohonan batalkan penguatkuasaan tulisan jawi oleh MPK

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan arahan kerajaan negeri berkenaan dengan syarat penggunaan tulisan Jawi di semua premis perniagaan dalam daerah ini.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, permohonan menerusi Tetuan Gunaseelan & Associates itu meminta pembatalan syarat penggunaan tulisan Jawi di semua papan iklan premis perniagaan dalam kawasan MPK.

Jelasnya, MPK diwakili Tetuan Rosnah Faisal & Associates manakala responden kedua, kerajaan negeri Pahang diwakili oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang.

“Ekoran keputusan mahkam4h ini, t1ndakan yang dibuat oleh kerajaan negeri dan syarat permohonan lesen premis perniagaan yang ditetapkan MPK berkenaan dengan syarat penggunaan tulisan Jawi adalah sah dan terpakai dari segi undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baca berita penuh di pautan MPK dibenar mensyaratkan tulisan Jawi di premis perniagaan


Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*