B0NGKAR pencer0bohan tanah haram di Pahang; Khaidir Ahmad dipanggil P0LIS

P0LIS PANGGIL SAYA KE IPD BENTONG, SUSULAN PEMB0NGKARAN BERSIRI TANAH HARAM DI PAHANG Oleh KHAIDIR AHMAD (Wartawan Tua)

Hari ini saya menerima panggilan daripada seorang anggota p0lis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, yang meminta saya datang ke IPD Bentong untuk merakamkan keterangan saya.
Saya tanya keterangan untuk kes apa?

Katanya, Pejabat Tanah Bentong sudah membuat laporan p0lis berhubung laporan bersiri saya itu.
Dan laporan p0lis itu sekaligus akan “mem4ksa” saya berkongsi lokasi tanah har4m Musang King di Bentong yang saya b0ngkar kerana sebelum ini saya engg4n berkongsi lokasi berkenaan apabila diminta oleh Bahagian Penguatkuasa Pejabat Tanah Bentong, kecuali jika Menteri Besar Pahang dan Pegawai Daerah Bentong sanggup turun padang bersama saya meninjau lokasi berkenaan.

Ini bukanlah kali pertama Pihak Berkuasa Negeri (PBN) Pahang menggunakan P0lis untuk “mem4ksa“ saya berkongsi lokasi kes penerokaan hutan secara har4m yang berpunca daripada r4suah, sal4hguna kuasa dan penyele.wengan.

Pada tahun 2007, ketika saya bertugas sebagai Pengurus Berita TV3 Wilayah Timur dan sering memb0ngkar kegiatan pembalakan har4m, PBN Pahang juga menggunakan kaedah yang sama terhadap saya.

Malah ketika itu “u.gutannya” lebih d4hsyat apabila nama Sultan Pahang ketika itu turut digunakan bagi men4kut-n4kutkan saya supaya menghentikan segera pemb0ngkaran itu. Inilah negeri saya, Tanah Melayu Pahang yang kuasa politik dan pentadbirannya dikuasai oleh orang Melayu yang sebangsa dengan saya.

Mereka lebih berminat untuk “menutup atau menyor0k isu” dengan cara menghentikan “penyampaian atau pendedahan isu” berbanding untuk menyelesaikan isu sebenar yang menjadi keb1mbangan rakyat marhaen.


Tahun 2006 – Pembongkaran pembalakan har4m di Lembah Tembeling memaksa PBN Pahang menggunakan p0lis dan nama Sultan Pahang untuk “menghentikan” lap0ran Wartawan Tua


Tahun 2016 – Wartawan Tua dipanggil mengadap Al-Marhum Sultan Pahang selama 4 jam di Istana Pahang susulan pemb0ngkaran isu pembalakan berlebihan di Hulu Tembeling.


Tahun 2020 – PBN Pahang sekali lagi menggunakan p0lis untuk meredakan pemb0ngkaran Wartawan Tua dalam isu penerokaan ribuan ekar tanah har4m Musang King di Bentong.

Bilakah PBN Pahang mahu menggunakan kuasanya sendiri yang termaktug dalm Kanun Tanah Negara untuk membawa peneroka tanah har4m ke mahkam4h dan meramp4s semula kesemua tanah hutan simpan kerjajaan negeri yang sudah diteroka secara har4m itu?

Janganlah nanti orang yang melap0rkan kesalahan dikenakan t1ndakan tetapi orangyang melakukan kesal4han dibiarkan begitu sahaja…

Kredit; Khaidir Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*