Latest Update; Dr Zulkifli Al Bakri SAH positif C0V1D 19…

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengesahkan beliau positif Cov1d-19 dan kini menjalani rawatan. Dr Zulkifli dalam hantaran di laman Facebook berkata, sehingga kini keadaan kesihatannya baik.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. “Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” katanya.

بسم الله الرحمن الرحيمKepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan.Seperti yang telah saya…

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Monday, 5 October 2020

Kredit; Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri & MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*