Terkini; PKPB di Sabah, Selangor, KL dan Putrajaya mula 14 – 27 Oktober 2020- DS Ismail Sabri

Bagi membendung peningkatan kes Cov1d-19 sejak kebelakangan ini, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

PKPB di Sabah akan bermula tengah malam ini sehingga 26 Oktober manakala perintah yang sama akan dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 14 Oktober sehingga 27 Oktober. Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang medianya yang disiarkan melalui Facebook hari ini.

“Sidang khas hari ini mendengar pengesahan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) berhubung peningkatan kes-kes positif di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.  “Selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku, seperti di Klang di Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan dearah-daerah lain.

“Bagi menyekat penularan wab4k ini dari terus mereb4k, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020,” katanya.

Bagaimanapun menurut Ismail Sabri, semua kegiatan ekonomi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Untuk bacaan penuh sila klik pautan PKPB di Sabah, Selangor, KL dan Putrajaya – Ismail Sabri

Kredit; malaysiagazette.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*