Kr1sis air Selangor; Ustaz Ebit beli 2 lori air utk agih kpd penduduk Pinggiran Bt Cave

S4yu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area Pinggiran Batu Caves, Selangor.

Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling s4yu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta anak muda bersama saya bantu angkatkan.

Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.
Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan.

InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan…

Kredit; Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*