Video klip separuh B0GEL & lenggok tari MENGG4IRAHKAN; ini teguran KERAS Ustazah Asma Harun kpd artis…

Saya mendapat satu pertanyaan tentang diri seorang artis, lalu untuk kali pertama saya singgah di Page Rasmi beliau. Sungguh saya pernah suka dengan bakat dan dirinya. Sungguh, saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak Video Klip Muzik seumpama ini.  Namun seingat atau setahu saya, belum pernah saya melihat video klip muzik yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini.

Ini satu Mus1bah Ummah yang P4RAH, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pendemik yang semakin P4RAH, kalian menghasilkan sebuah video klip muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh b0gel, dengan rentak dan lenggok tarian yang menggha1rahkan seperti tarian luc4h, maaf ia sungguh memalukan!

Sungguh duk4cita ini bertambah, dalam situasi mus1bah pendemik dan pelbagai tanda akhir zaman dan Qiamat semakin hampir, janganlah kalian menjadi sebahagian daripada penyubur F1tnah Akhir Zaman.
Kalian bangga menjadi Top 10 youtube, bangga dengan m4ksiat yang dilakukan secara terbuka, bangga menjatuhkan maruah Wanita Islam ?, bangga menambahkan koleksi si pemuas n4fsu?

Top 10 You Tube kerana nilai yang baik atau sebaliknya, kekuatan pada bakat atau m4ksiat? Saya tak pasti jika kalian fikir bahawa esok bila hari tua jika ingin taubat, bolehla dipadam, hari ni nikmati dulu hasil duniawi sementara masih hidup lagi, namun bagaimana jika mereka yang download dan jadikan simpanan peribadi?

Saya tahu kamu adalah seorang muslimah, saya tak pasti samada penari iringan Islam atau tidak. Saya juga tak pasti, penerbit, pengarah, penyunting, penulis lirik, kareografi tarian dan semua pihak yang terlibat muslim atau tidak, namun kalian semua terlibat.

Allah SWT berfirman:
وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوٰىۖ وَلَا تَعَاوَنُوْا عَلَى الْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۖوَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat d0sa dan kej4hatan. Dan bertakwalah (t4kutlah) kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat s1ksa-Nya [al-Mâidah/5:2]

Saya yakin kalian melakukan ini dalam keadaan tahu dan faham bahawa klip video muzik tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar samada dari sudut Islam ataupun adat Melayu kita yang penuh sifat malu, lembut dan sopan. Ia jelas adalah satu d0sa yang besar.

Saya menuliskan ini daripada hati yang kasih akan kamu dan rasa hormat pada suami kamu. Ingatlah bahawa kemasyhuran, kekayaan, kasih cinta, pengaruh, bakat dan kecantikan bukanlah satu anugerah apabila digunakan untuk m4ksiat, ia adalah mus1bah!

Semoga dirimu kuat untuk padam video tersebut, sebelum ia mengambil bahagian tenang hidupmu, saat tidur malam, d0sa masih berjalan ?. Saya pasti kos penghasilannya sangat tinggi, kerugian tak boleh lari, namun ia amat berbaloi untuk nilai SyurgaNya ?.

Sedarkah kita, Sungguh Maha Baiknya Allah SWT, walau kita berbuat sesuatu yang dimurkaiNya, Dia tetap memberikan segala yang kita mahu dan perlu. Maka balaslah kasih sayang Allah dengan mentaatiNya.

Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka, saya lihat sudah ramai yang menegur dan mengkr1tik video klip tersebut secara terbuka, bahkan di kalangan fans kamu sendiri mereka rasa tidak senang, teguran di media sosial kamu sendiri juga tidak diendahkan, bahkan dijawab dengan tidak rasa bersalah.

Namun saya tetap meletakkan sangkaan bahawa mungkin juga kamu tersilap untuk percaturan kali ini, terutamanya bahagian penari iringan, Kerana kamu sendiri penampilan yang tidaklah keterlaluan.
Saya juga bertanggungjawab dengan ruang yang Allah berikan kepada saya untuk melakukan Nahi Mungk4r, iaitu mencegah kemungk4ran. Jika saya hanya berbuat kebaikan namun meninggalkan ceg4h kemungk4ran, maka saya benar-benar menz4limi diri sendiri.

Duhai para artis penghibur hati…

Iya, kalian diperlukan dalam persada seni, memenuhi keperluan fitrah insani, namun bukan dengan cara begini. Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal m4ti, janganlah ditangguh lagi hajat untuk kembali.

Adakah kalian bimbang tentang rezeki ? Adakah tiada Tuhan untuk dicari, adakah serapuh itu keyakinan kita pada Ilahi, bukankah Dia Maha Memberi, bahkan daripada alam rahim hingga kini, Dialah yang mencukupkan segala keperluan kita tanpa henti ?.

Mohon duhai semua artis tanah air, atas tiket apapun, pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, dll. Jadilah penghibur yang ada rasa tanggungjawab, tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini.

Hentikan persembahan atau pertandingan m4ksiat, berunsur luc4h dan menjatuhkan maruah.
Di sana terdapat ramai artis hiburan yang membawa imej yang baik, berkaliber, berbakat, membawa diri dengan bijak, bermaruah, menjaga batasan, namun tetap mampu bertahan dan berjaya dengan cemerlang.

Diharapkan KEMENTERIAN KOMUKASI DAN MULTIMEDIA, PIHAK BERWAJIB, SENIMAN DLL turut boleh memainkan peranan dalam isu begini. Jika tidak dibendung dengan bersungguh, maka normalisasi akan berlaku.

Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ

Maksudnya: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh.

Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya d0sa semisal d0sa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi d0sanya sedikit pun.” Riwayat Muslim (1017)

“Sebaik baik manusia adalah yang mengajar kebaikan dan sej4hat jahat manusia adalah yang mengajar kejah4tan. Orang yang pertama tadi kebaikannya terus mengalir hingga selepas kem4tiannya dan orang kedua tadi pula kej4hatannya terus mengalir hingga selepas kem4tiannya, tiada siapa yang dapat menghalangnya”. (Syeikh Abdul Aziz Al-Toranfi)

Semoga kita semua sentiasa dalam taufiq hidayahNya.. Bersegera memohon keampunan dan rahmatNya.

Kredit; Asma’ binti Harun
31.01.2021

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*