Hannah Yeoh tegur Pak Long Mail – tak perlu buat sidang media setiap hari, bukan utk tayang kabinet…

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan, sidang media yang dilakukannya setiap hari bertujuan memaklumkan maklumat-maklumat mengenai perkembangan bukan kesihatan C0vid-19 di negara ini. Ini termasuk jumlah tangk4pan individu yang 1ngkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan juga pendatang asing tanpa izin (PATI).

Hannah Yeoh cakap tak perlu buat sidang media utk tayang kabinet…

“Beliau pembangkang, memang kerjanya membangkang sahajalah. “Saya buat sidang media ini untuk memaklumkan perkembangan terkini C0vid-19 (bukan kesihatan), Ketua Pengarah Kesihatan maklumkan mengenai bab kesihatan melalui sidang media beliau.

“Rakyat hendak tahu perkembangan terkini dan apabila kita umumkan berapa ramai tangk4pan 1ngkar PKP atau PATI, orang ramai tahu kerajaan ser1us. “Kalau tidak diumumkan, rakyat cakap tiada penguatkuasaan.

“Saya bukan buat sidang media untuk tayang kabinet kerana ia memang sudah ada di Kementerian Pertahanan ini bersama barang-barang yang telah diletakkan di situ. “Biarlah ia (barang-barang) di situ,” katanya ketika diminta menjawab satu ciapan Ahli Parlimen DAP, Hannah Yeoh, semalam.

Hannah berkata, Ismail Sabri tidak perlu membuat sidang media setiap hari semata-mata untuk menayang barang-barang di kabinet beliau atau baju yang dipakainya semasa sesi sidang media.  Katanya lagi, sidang media sepatutnya dilakukan sekiranya ada pengumuman penting sahaja.

Sejak mengadakan sidang media di kediaman beliau dan di Kementerian Pertahanan, kabinet hiasan yang menjadi latar belakang sidang media Ismail Sabri telah menarik perhatian warga net. Malah ramai yang berjenaka dengan menggunakan ruang komen semasa siaran langsung itu untuk mengadakan bidaan olok-olok kepada barangan yang dipamerkan di kabinet berkenaan.

Kredit; MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*