[Video] Allahu Robbi, inilah PENG0RBANAN frontliner kita di bumi Sabah…

Ini bukan satu tugas yang mudah! Memakai pakaian perlindungan lengkap (PPE) ini sebenarnya sangat menyus4hkan dan meny1ksakan. Ia terlalu panas sehingga bermandi peluh dan menyukarkan pergerakkan!

Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki terpaksa ditutup rapi. berjalan di atas lantai rata pun terasa agak sus4h kerana t4kut ‘tergelinc1r’ kerana plastik yang licin menutupi kasut! Inikan pula berjalan di atas titi kayu yang susunannya terlalu berjarak antara satu sama lain, melintasi laut sambil membawa barang-barang perubatan ketika hujan sedang turun renyai-renyai!

Fuhh… Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada rakan-rakan paramedik yang sedang bertugas di perbatasan! Semoga kamu semua dilindungi Allah dan mendapat ganjaran setimpal dengan peng0rbanan yang telah anda lakukan…

Kami sangat berbangga dengan anda semua, Anda memang yang terbaik!!

Kredit; Dr. Rosli Abdul Jalil

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*