Adam Corrie – Saya rindu bertemu Nabi ﷺ, walaupun hanya dalam mimpi…

Menjawab pertanyaan bila kali terakhir saya berambut panjang? Apabila kita jatuh cinta dengan seseorang. Kita akan usaha untuk mendapatkan cintanya. Walaupun tidak pernah jumpa. Apabila ada cerita tentangnya. Perasaan ingin ambil tahu itu sangat tebal.

Begitu ter0k ang4u rindu saya terhadap Baginda ﷺ walaupun tak pernah berjumpa hanya mendengar nama dan cerita mengenainya. Saya menaruh harapan untuk berjumpa dengan baginda ﷺ walaupun hanya di dalam mimpi dan untuk mencari kebenaran dalam hidup iaitu Kekasih Allah.

Impian hendak jejakkan kaki ke tanah suci dan ziarah Rasulullah ﷺ sejak sebelum syahadah, tercapai selepas kembali fitrah pada usia Islam saya 8 bulan. Syukur alhamdulillah. Niat yg baik itu penting utk memulakan sesuatu.

Selepas saie, dan bertahalul , tiada lagi rambut panjang sejak tahun 2008!

Kredit; ADAM CORRIE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*