Semalam hilang motor, hari ni Permaisuri Selangor ganti baru…

Allahu Akbar! Seorang gadis penghantar makanan online, Nur Athirah Abdul Latiff yang dit1mpa mus1bah semalam kerana motornya dicur1, menerima KEJUTAN terbesarnya hari ini apabila Tuaku Permaisuri Selangor menghadiahkan sebuah motosikal baru kepadanya kerana bers1mpati dengan nasib mal4ngnya.

Berikut adalah muat naik daripada Selangor Royal Office…

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada saudari Nur Athirah Abdul Latiff yang baru sahaja ditimpa mus1bah apabila motosikalnya dicur1 ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor.

Baginda berasa amat sed1h dan terh4ru apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang Nur Athirah. Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Nur Athirah yang merupakan anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa. DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain. Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.

Sumber; Selangor Royal Office

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*