Tular kisah ni rupa-rupanya sebuah kisah 3 tahun yg lalu…

Hari ini, kisah Pn Suhasnita Ismail yang merupakan salah seorang daripada asnaf miskin berdaftar dengan Zakat Selangor telah mendapat liputan di salah sebuah portal akhbar. Hari ini juga kami yang diwakili oleh Ketua Operasi Daerah Petaling, Ustaz Muhammad Sharil Ritin bersama-sama amil kariah Ustaz Zul Azrin dan AJK Surau Taman Mawar, En Fadzilah Darus menziarahi keluarga Pn Suhasnita bagi melihat sendiri keperluan sebagaimana yang dilaporkan.

Alhamdulillah, hasil daripada tinjauan kami, ketika ini keperluan untuk kelangsungan hidup beliau sekeluarga masih mencukupi. Kami juga menyalurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Puan Suhasnita menyatakan bahawa, kenyataan yang telah tular di dalam akhbar tersebut adalah kisah keluarganya 3 tahun lalu dan ianya bukan situasi sekarang. Sejak Zakat Selangor menghulurkan bantuan bermula dari tahun 2017, alhamdulillah keperluan keluarganya mencukupi dan sentiasa dipantau oleh Penolong Amil Kariah Masjid As-Salam.

Pn Suhasnita merupakan salah seorang asnaf yang mempunyai bakat dalam mengitar semula bahan buangan atau terpakai yang mampu dijadikan hiasan rumah yang unik dan menarik. Kami di Zakat Selangor mendoakan agar Pn Suhasnita sekeluarga dipermudahkan segala urusan dan diluaskan rezeki terutamanya pada masa yang sungguh mencabar ini.

Kredit; Lembaga Zakat Selangor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*