Pengunjung buang sampah, doktor dan pensyarah tolong kutip

Jambatan Terapung yang terletak di Kubang Kerian, Kota Bharu adalah produk pelancongan dan tarikan baru di negeri Kelantan. Jambatan Terapung ini terletak di Sungai Pengkalan Datu di Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian. Jambatan ini akan bermula di kawasan belakang Hospital Universiti Sains Malaysia dan berakhir di sekitar Min House Camp, Kubang Kerian. Tempat ni  tengah viral .

Namun sikap sesetengah pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati menyebabkan keindahan tempat ni sedikit tercemar.  Namun, di sebalik sikap yg tidak bertanggungjawab sesetengah pengunjung ini ada insan yang sangat prihatin terhadap kebersihan tempat ini.

Dan rupa-rupanya yang kutip sampah di jambatan viral ni kedua-duanya ialah suami isteri anak Prof Dr Kamaruddin, Pengerusi Ngo Kg Pulau Tengah. Suami seorang doktor Hospital RajaPerempuaan Zainab (HRPZ), Kota Bharu, Kelantan. Isteri pula seorang pensyarah, Jabatan Bahasa Inggeris, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM cawangan Kelantan.

Kredit; Kelantan State

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*