Terkini; Drebar bas dan van sekolah pula dapat sentuhan kasih Ebit Lew

Sayu sebak petang ini bila driver bas dan van sekolah minta bantuan. Saya hadiahkan sedikit barang-barang dapur untuk 250 orang driver. Saya pack dari Elewsmart tadi. Ada beberapa orang saya beri sedikit duit belanja.

Sed1h rasa, Tahun 2020 cuma 6 bulan ada pendapatan. 6 bulan lagi langsung tiada pendapatan. 6 bulan nak tampung setahun. Macam mana untuk kelangsungan hidup. Ramai yang jadi grab food, food panda dan jual kueh dan berniaga kecil-kecilan.

Tengah zaman hari ini nak mulakan perniagaan bukanlah senang. Ya Allah. Syarikat besar pun banyak tutup. Tengok mereka macam abang kakak. Ayah mak kita sendiri. Tengok ramai juga kakak-kakak driver van dan bas sekolah.

Kasihan mereka. Ya Allah. Ramai ucap terima kaseh. Mereka minta doa dan semangat untuk teruskan hidup. Ya Allah. Terasa macam keluarga sendiri. Ramai juga nak bergambar tadi. Tanpa mereka. Susahnya mak ayah nak nak urus anak-anak ke sekolah.

Kini semua mak ayah bekerja. Mereka memudahkan agar anak kita menjadi orang mulia dan berjaya. Kini waktu ujian mereka pula. Marilah kita doakan dan cuba bantu mereka walau sedikit. Semoga Allah terima usaha kecil kita.

Kredit; Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*