Innalillahi wainnailahiroji’uun, baru kelmarin sampai di bumi Mesir, hari ini dia pergi buat selama-lamanya…

Dukacita dimaklumkan, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) menerima berita kemat1an seorang mahasiswi yang bernama Nurul Huda binti Mohamad Shulaudin pada hari Jumaat (27 November 2020), jam 7.27pagi (waktu Mesir) di Hospital Rabaah, Kaherah, Mesir.

Firman Allah SWT:

(كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ)
Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mat1, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari ner4ka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” [Surah Ali-Imran: Ayat 185]

Semoga ahli keluarga tabah dan diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian Allah SWT ini.
Kami mendoakan semoga roh Allahyarhamah mendapat rahmat dan ditempatkan bersama para solihin serta termasuk dalam kalangan orang yang beriman. Marilah bersama kita menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada Allahyarhamah dan umat Islam yang telah meninggal dunia.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ۞ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ۞ مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَاطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ آمين.
إنّا لِلّٰه وإنّا إليه راجعون.

Kredit; Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir
Kredit Foto; Gietaa Taa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*