Ayuh bangkit rakyat Pahang bantah pencerobohan, ‘gegarkan’ pemerintah

SELEPAS siri-siri pencerob0han tanah kerajaan dan hutan simpan, kini timbul pula kes cur1 balak pula di Pahang. Semua ini saya kira semua ini adalah sama sahaja, iaitu isu ketirisan melibatkan hasil kekayaan negeri yang dicur1 di mana akhirnya akan merugikan peribumi juga.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berkata, terdapat sebanyak 93 kes mencur1 balak dan kayu secara har4m semenjak bulan Mac tahun ini. Pastinya ini menyebabkan kerajaan negeri Pahang rugi jutaan ringgit dan ianya mengalir ke ‘poket-poket’ mereka yang akhirnya memperkasakan lagi kegiatan-kegiatan har4m sebegini.

Bayangkan, rakyat terpaksa duduk berkurung di rumah sepanjang PKP. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang tidak boleh keluar berniaga dan ada juga yang hilang punca pendapatan. Tetapi pada masa yang sama ada pula yang menjarah hasil secara har4m dan untung jutaan ringgit.

Jika kerajaan negeri masih lagi ambil ringan akan isu-isu pencerob0han tanah, hutan dan kegiatan mengaut hasil secara har4m sebegini, pastinya rakyat akan rasa ters1nggung dan mar4h. Mana tidaknya. Tanah hilang, hasil hilang, negeri rugi dan akhirnya rakyat negeri Pahang hanya melopong sahaja. Tetapi mereka senang-senang sahaja kaut hasil secara har4m.

Seperti yang saya katakan dahulu, apa yang berlaku di negeri Pahang ini hanyalah satu gambaran yang sebenarnya berlaku di tempat-tempat lain juga cuma mungkin tidak didedahkan sahaja tetapi lambat laun akan terlondeh juga.

Ayuhlah rakyat Pahang, bangkit dengan komuniti-komuniti setempat, persatuan-persatuan dan NGO-NGO membuat bantahan. Mereka yang memegang kuasa tidak akan bertindak jika suara rakyat tidak ‘bergegar’. Contohnya, ICERD dahulu; jika rakyat senyap, maka pemerintah hatta ahli politik pembangkang pun tidak akan ambil kisah.

Kredit; ismaweb.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*