Wahai staff agensi penguatkuasaan, tidakkah kamu GERUN dgn S1KSAAN Allah?

Jabatan kerajaan yang menjadi lubuk duit dan r4suah mesti dipantau dengan ketat! Wahai sebahagian orang-orang yang bekerja di Pejabat Tanah (termasuk PBT), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan semua agensi penguatkuasaan, tidakkah kamu takut kepada s1ksaan Allah s.w.t.?

Jangan kamu gadaikan kepentingan agama, bangsa dan negara ini untuk keseronokan dunia yang sementara. Saya tidak kata semua. Segelintir yang buat, semua terpalit, termasuk mereka yang tidak berd0sa.

Pengkh1anatan yang dibuat sehingga tergadainya tanah Melayu kepada orang lain. ..

Pemberian dokumen surat beranak dan kad pengenalan secara har4m dan penyelewengan penggunaan paspot, cop, visa dan sebagainya, telah menyebabkan kedaulatan negara ini melibatkan agama, bangsa dan negara tergugat.

Kebelakangan ini isu-isu berkaitan pencerob0han tanah melibatkan Pejabat Tanah, contoh, tanah musang king ultra kiasu, tanah rezab Melayu tergadai, tanah untuk orang awam yang tergadai dll.
Menjadikan kita tertanya-tanya siapakah b4rua yang menyebabkan tanah tergadai.

Sudah tentu orang akan melihat siapakah exco yang bertanggungjawab dan orang yang bekerja di pejabat tanah. Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), heboh dengan penjualan surat beranak dan kad pengenalan kepada warga China.

Manakala di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sindiket penyelud0pan manusia. Cop paspot, visa lawatan dan sebagainya. Begitu juga jabatan penguatkuasa dan beruniform lain yang berkaitan, seperti Kastam, Polis dll.

Boleh dikatakan semua ketua tertingginya, jabatan berkenaan adalah orang Melayu, kecuali Pelabuhan. Termasuk orang politik dan wakil rakyat yang menyokong. Semua bertali temali. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Apa jadi dengan Melayu? Melayu jual tanah Melayu, Melayu jual maruah bangsa, maruah agama, hanya kerana mahu hidup mewah!

Terbaharu, teramat mal4ng mendengar, salah seorang daripada 34 pegawai imigresen yang ditah4n atas penglibatan mereka dalam sind1ket imigresen mempunyai rekod jen4yah samun dan cur1 kereta. Menurut sumber, pegawai berpangkat rendah gred KP19 itu memiliki 4 kereta mewah yang disita SPRM dalam s1asatan terhadap sind1ket berkenaan.

Kereta mewah tersebut terdiri daripada Rolls-Royce Phantom, Mustang, Audi serta Range Rover dan kesemuanya disimpan bagi pihak pegawai itu oleh seorang agen pekerja asing. Semakan rekod polis menunjukkan, anggota imigresen itu juga mempunyai rekod jen4yah lampau dalam kes s4mun dan curi kenderaan.

Anggota ini dipercayai merupakan ahli sind1ket mencuri kenderaan dan s4mun yang diketuai agen (pekerja asing). Terlibat dalam kegiatan k0ngsi gelap.

Peliknya, bagaimanakah seseorang yang mempunyai rekod jen4yah lampau boleh dilantik ke jawatan perkhidmatan awam? Menurut sumber itu lagi, ejen pekerja asing terbabit dikehendaki polis berhubung kes s4mun dan curi kereta serta k0nspirasi jenay4h berkaitan sind1ket pel4curan melibatkan warga China.

Dua belas (12) ejen pekerja asing ditahan dalam operasi dikenali Ops Selat dan kesemua mereka merupakan anggota sind1ket penyelud0pan manusia antarabangsa. Sepuluh orang awam lain turut ditah4n kerana membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk menyimpan r4suah yang dikutip oleh pegawai imigresen.

Lebih RM800,000 wang tunai, 26 kereta mewah dan 4 motosikal berkuasa tinggi diramp4s.
Sindiket itu beroperasi berdasarkan dua (2) kaedah, iaitu menyediakan “pasport terbang” kepada mereka yang memasuki Malaysia, dengan menggunakan visa lawatan, tetapi bekerja di sini secara tak sah.

Ejen pekerja terbabit akan mengutip pasport mereka dan membayar pegawai imigresen untuk mengecop pasport supaya ia menunjukkan mereka telah meninggalkan negara ini sebelum penamatan tempoh tinggal selama 90 hari di bawah visa lawatan dan kemudian memasuki semula negara secara sah.

Modus operandi lain ialah dengan “menyediakan kaunter” kepada migran yang disenarai hitam atas kesal4han imigresen. Migran terbabit akan menuju ke kaunter khas ini di lapangan terbang dan membayar RM6,000 untuk meninggalkan negara walaupun mereka disenarai hitam daripada berbuat demikian.

Tangk4pan demi tangk4pan ke atas anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menunjukkan betapa perkara telah lama bersarang dan betapa lemah kita berhadapan cabaran integriti. Sukar dipercayai anggota JIM terbabit dibiar melakukan kegiatan har4m masing-masing sebegitu lama, tanpa disedari atasan mereka, kecuali jika pihak atasan sendiri terbabit.

Begitu juga salah laku pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara di Pulau Pinang yang dit4ahan pada tahun lalu. Seramai enam (6) orang termasuk penolong pengarah JPN dikenakan dengan 32 tuduhan memalsukan surat beranak Malaysia dan Mykad untuk dijual kepada orang asing dari China.

Berdasar kepada semua bukti ini, Pejabat Tanah, JIM dan JPN adalah antara tiga jabatan kr1tikal yang mesti diteliti oleh agensi penyiasatan dan keselamatan kerajaan yang berkaitan. Kegiatan har4m dan kehidupan har4m yang dilakukan kakitangan kesemua agensi ini adalah pengkh1anatan yang sangat serius. Kerajaan tidak boleh bertoleransi sama sekali.

Tiga jabatan ini mesti dirombak sepenuhnya. Pegawai tertinggi yang berada di semua jabatan ini mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku lagi sal4h laku pada masa depan. Benarlah apa yang kita semua perkatakan selama ini, sebenarnya mus0h orang Melayu adalah orang Melayu sendiri, Melayu yang korup, yang menjadi tali barut, yang menjadi b4rua dan yang menyalahgunakan kuasa.

Bertaubatlah….sama ada yang telah pencen atau belum, kesal4han yang kamu lakukan untuk mendapatkan habuan dunia, amat besar d0sanya. Kamu mungkin terlepas di dunia, tetapi di akhirat kamu tidak akan terlepas, walaupun selepas pencen, kerja kamu mendekati dan bersedekah kepada masjid surau.

Kesal4han dan pengkh1anatan besar yang kamu lakukan tidak dapat menutup kebaikan di hari tua kamu, kecuali dengan taubat, dan serah diri dengan menyampaikan maklumat untuk pihak berkuasa bertindak. Perbetulkan semula apa yang sal4h.

Ini kerana, pengkh1anatan dan kesal4han yang kamu lakukan lebih hina daripada membun0h. Pengkh1anatan kepada agama, bangsa dan negara melibatkan masa depan negara. Masa depan anak cucu.

Mana mungkin tanah boleh ‘hilang’ begitu sahaja tanpa pengetahuan Pejabat Tanah. Mustahilkan?

Tidakkah kamu sedar rezeki yang kamu suapkan ke mulut anak bini, mak bapak kamu itu adalah daripada hasil yang har4m. Kepada anak isteri, mak bapak, anggota yang terlibat, takkan kamu tidak tahu, anak kamu anggota berpangkat rendah, boleh hidup mewah, dan dengan kenderaan mewah, sudah tentu ada yang tidak kena. Kenapa kamu bersub4hat. Laporlah kepada pihak berkuasa demi anak bangsa.

Kita semua tidak akan terlepas daripada s1ksaan Allah s.w.t, sekiranya kita tahu, apa yang dibuat itu salah, kita biarkan sahaja. Bertaubatkan wahai saudaraku sebelum terlambat, selamatkan anak bangsa dan tanahair tercinta ini. Kita tidak punyai tanah lagi, melainkan tanah tercinta ini. Mus0h-mus0h di luar sana, menunggu masa untuk menghancurkan kita semua.

Kredit; Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*