Rawatan jantung anak tertunda kerana dirampas suami utk beli D4DAH

INA, 29, (bukan nama sebenar), menghidap peny4kit d4rah tinggi kr0nik sehingga mengalami masalah buah pinggang bocor akibat tertekan dengan kegagalan rumah tangga. Nasib wanita ini bertambah m4lang apabila anak bongsunya berusia enam tahun yang menghidap peny4kit usus berlubang dan injap jantung bocor atau truncus arteriosus gagal menjalani rawatan selama tiga tahun di IJN kerana suami mer4mpas wang yang dikumpul untuk membeli d4dah.

Jika dia enggan memberikan wang, suami bertindak memuk0l dan mencek1k Roslina, malah, anak sulungnya yang berusia 10 tahun turut menjadi m4ngsa. Tidak tahan berterusan menjadi m4ngsa keg4nasan, Ina nekad mengakhiri perkahwinan yang terbina 11 tahun lalu dengan memfailkan fasakh.

Dia yang sah bercerai pada 4 Ogos dan tamat edah pada 4 November lalu kini mahu membina hidup baharu bersama anak-anaknya. Doktor menasihatkan anaknya minum susu khas bagi membantu meningkatkan berat badan berikutan tiada selera makan.

Namun, Ina yang tidak mempunyai pendapatan tetap menyebabkan sudah beberapa bulan bekalan susu khas anaknya terputus. Doktor menasihatkan kanak-kanak yang menghidap peny4kit jantung minum susu khas bagi memastikan pertumbuhan tulang dan memastikan perkembangan berat badannya normal seperti kanak-kanak lain.

Akibat terputus bekalan susu berat badan anaknya turun kerana tidak mendapat nutrien yg mencukupi berikutan hanya mampu makan satu hingga dua sudu nasi sahaja setiap hari. Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 13 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Kredit; hbit.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*