Tabahlah wahai frontliners di saat benteng yg tinggal hanyalah pelitup muka & penjarakan fizikal

Tabahlah wahai frontliners… Hujung minggu ini dijangka akan ada pergerakan besar besaran warga kota (zon merah) ke kawasan zon hijau berikutan cuti panjang perayaan dan hujung tahun.
2 strategi utama penceg4han C0vid-19 telah goyah…

❌ Kawalan sempadan – Tiada lagi kawalan sempadan dari zon merah dan kawasan kluster selain dari PKPD.
❌ Kawalan pergerakan – Tiada lagi kawalan pergerakan termasuk individu dari zon merah dan kawasan kluster.

Benteng yang tinggal hanyalah pelitup muka dan penjarakan fizikal. Persoalannya, mampukah anda kekal dengan SOP semasa berada dengan keluarga di kampung? Kepada tuhan kita terus berdoa.. 2062 kes harian bukan angka yang rendah.

Sementara itu, 17 jam yang lepas, hampir 40 negara telah menutup laluan/akses/sempadan dengan UK.
Yer, variasi baru v1rus C0vid-19 telah dikesan dan 70% lebih mudah dan cepat berjangkit. Di London semuanya tengah kelam kabut. PM depa dah umumkan tak bagi raya krismas.

Perancis negara pertama tutup sempada dia dengan UK. Habis semua lori dok ulang alik hantar barang tersangkut. 40 negara lain semua dah larang flight yang datang dari UK ni. Cuma US sahaja yang rileks tak halang flight keluar masuk dari UK. US ni depa lain sikit.

So, just nak habaq yang ini adalah berita serius. C0vid ni bukan benda main-main. Dia bermutasi, dia ubah diri dia agar lebih kuat, lebih cepat merebak dan lebih power. Kalau dulu kita boleh rileks jer, sekarang ni kita tak boleh sambil lewa dah.

Jangan main-main gais. Border semua negara akan ditutup lebih lama dari yang dijangka. Banyak benda akan terkesan, lagi banyak orang yang akan hilang kerja nanti. Cara hidup kita sekarang ni telah dan akan terus berubah. Tahun 2021 akan lebih mencabar buat kita semua. Bersedialah.

Kredit; Public Health Malaysia & Khairul Abdullah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*