Alhamdulillah, bagai dengar namanya diseru, akhirnya Ebit Lew santuni pakcik ni…

Sayu sebak selepas ceramah di Maktab PDRM Muar terus ke Hospital Sultan Ismail JB ziarah pakcik kerja penyelenggara jalan yang dil4nggar di Lebuhraya Pasir Gudang. Tangan kanannya di potong. Ziarah beri semangat dan sedikit sumbangan.

Pakcik ni menang1s tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan jari. Pakar minta abang ni selalu usap tangan tu, dan cakap tangan dah tiada. Allah ambil. InsyaAllah nanti Akhirat semuanya sempurna.

Pakcik ni tanya macam mana nak bawa kereta nak hantar isteri kerja. Isteri tak boleh bawa kereta. Biasa hari-hari ambil hantar isteri dan anak.

Kami berdoa bersama. Masa beri sedikit sumbangan. Abang ni menang1s katanya kenapa banyak sangat ustaz. Ya Allah. Pakcik tadi doakan saya. Semoga Allah beri kekuatan pada abang, isteri dan anak-anak.
Terima kasih PDRM. Terima kasih Polis Johor yang bersama-sama tadi dan jamu kami makan tengah hari. Terima kasih Pegawai Hospital dan semua kakitangan hospital yang bersama kami. Baik-baik orang Johor.

Kredit;Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*