Kartel daging import; bukan berusia 40 tahun tapi bermula 2014, k’jaan setuju tubuh RCI

Dari Meja Dewan Negara… Sidang Dewan Negara ‘bergegar’ dengan maklumat dari Pihak KPDNHEP bahawasanya daging yang disita bukanlah daging kanggaru, kuda dan khinzir seperti yang ditularkan, dan ianya telah disahkan oleh Jabatan Kimia.

Kartel yang terbongkar ini juga BUKAN BERUSIA 40 tahun. Syarikat ini hanya bermula pada tahun 2014. Pihak Kementerian juga bersetuju untuk ditubuhkan RCI bagi meneliti secara holistik isu ini!

Baca lanjut…

Antara jawapan KPDNHEP adalah dakwaan kes ini telah beroperasi selama 40 tahun adalah palsu kerana syarikat yang didakwa terlibat berdaftar tahun 2014 dan mula import 2017. Belum masuk lagi mengenai dakwaan 1,500 tan daging import “haram” dengan nilaian RM30 juta. Besar nilai tu…

Setakat sitaan KPDHEP membabitkan dua buah lori hanya melibatkan nilai RM1.03 juta dan 2 ribu kotak daging yang lain disita bernilai RM738 ribu. MAQIS sendiri keluarkan statistik sepanjang Januari-November 2020, hanya 56 kes melibatkan daging import berlaku dengan nilaian RM5.3 juta berkaitan dengan kesalahan dibawah Akta 728.

Ertinya, isu ini tidak nafi wujud tapi bukan pada magnitud yang terlalu besar seperti yang dihebohkan. Cuma tak pelik orang ramai trigger sebab isu halal bukan isu kecil. Sepatutnya pihak bertanggungjawab bentang siasatan menyeluruh. Bentang tanpa bias dan kepentingan tertentu. Isu ini boleh kata tergantung sehingga cetus kebimbangan.

Dalam aspek pengimportan daging sejuk beku, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan buat inspection di loji proses kat negara pengeksport. Sampai di pintu masuk, MAQIS akan semak dokumentasi dan fizikal, JAKIM akan audit untuk sijil halal dan sebagainya. Kredibiliti agensi Kerajaan dan pemain industri masih dipelihara. Kena luruskan kefahaman yang betul.

Kredit; Hafiz Mansor & Ir. Ts. Khairil Nizam

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*