Pelajar M’sia PAR4H dirempoh bas semsa berbasikal di U.K

2 Januari 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mendoakan semoga Nur Izzah binti Mohd Shokri dikurniakan kesembuhan dengan segera dan kembali pulih seperti sedia kala.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sed1h atas mus1bah yang telah menimpa Nur Izzah dan berharap agar seluruh keluarga beliau sabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Nur Izzah, dari Karak, Pahang, kini berada dalam keadaan k0ma dan menjalani rawatan di Salford Royal Hospital, England setelah menjalani pembedahan.
Pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan di Universiti Manchester ini mengalami kece.deraan yang serius di bahagian kepala dan tulang rusuk. Nur Izzah, 20, dikejarkan ke hospital tersebut setelah diremp0h oleh sebuah bas semasa beliau berbasikal di Wilmslow Rd, Rusholme, selatan Manchester pada 28 Disember pada jam 4:25 petang, waktu tempatan.
Marilah bersama Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Nur Izzah dikurniakan kesembuhan dan keafiatan dengan segera.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*