Betul2 tak sanggup tengok situasi ni…

Tak sanggup nak tengok situasi ni, dengan pendemik c0vidnya semakin meningkat, rakyat banyak yang hilang pekerjaan, politik yang kurang stabil sekrang ditambah pula dengan kemusnahan harta benda akibat banjir. Ibarat kata sudah jatuh ditimpa tangga…

Anda perhatikan kebanyakan kereta yang terperangkap dalam banjir bukana super car atau kereta-kereta mewah tapi kereta biasa-biasa yang mungkin pemiliknya juga orang basa-biasa. Semoga Allah swt mengampuni segala d0sa kita semua dan menggantikannya dengan gantian yang lebih baik lagi, insya Allah…

Hujan menurut Al-Quran…
Allah swt menurunkan hujan samada sebagai rahmat atau sebagai az4b. Setakat hari ini, 6 negeri dilanda banjir dan 16,500 orang telah dipindahkan. Apabila Allah swt mendatangkan C0vid-19, hujan lebat yang memb1nasakan dan apa juga perihal alam sekitar, menjadi tugas manusia memerhati dan mengamati setiap kejadian dan dihubung ia dengan pengajaran yang boleh digali dari Al-Quran.
Jika tidak, manusia akan :
(1) terus lalai dari tanda-tanda yang berlaku di persekitaran mereka, kerana ramai manusia alpa dan tidak peka.
(2) terputus buat sekian kalinya dari peringatan demi peringatan Al-Quran. Walhal Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi orang-orang beriman. Terputus dari petunjuk adalah merugikan.
(3) keras hati mereka kerana sentiasa dikelilingi dunia dan godaannya setiap masa, sedang peringatan-peringatan seperti Covid, hujan lebat yang membinasakan dan sebagainya tidak datang selalu.
Allah swt berfirman :
(وَأَمۡطَرۡنَا عَلَیۡهِم مَّطَرࣰاۖ فَسَاۤءَ مَطَرُ ٱلۡمُنذَرِینَ)
bermaksud, “Dan Kami hujani mereka dengan hujan (yang membinasakan), maka amatlah buruknya hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran”.
(إِنَّ فِی ذَ ٰ⁠لِكَ لَـَٔایَةࣰۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِینَ)
“Pada (hujan) sedemikian itu ada tanda (dari Allah), tetapi ramai mereka tidak beriman (pada tanda-tanda dari Allah)”. [Surah Ash-Shu’ara 173-174]
Lebih-lebih lagi apabila ayat-ayat mengenai hujan yang membinasakan di atas berkaita dengan sikap masyarakat yang mendustakan ajaran yang dibawa oleh rasul-rasul yang diutuskan Allah swt. Maka apabila datang hujan yang memb1nasakan, insan beriman mesti menghitung diri mereka apakah ayat-ayat Allah swt yang telah masyarakat kita dustakan.
Bahkan jika tiada hujan yang membinasakan menimpa kita sekalipun seperti di musim tengkujuh sekarang, berbagai keruntuhan akhlak, kerosakan aqidah, jenayah, perang, serangan budaya dan ideologi yang berlaku di sekeliling kita sepatutnya sudah cukup menyedarkan mereka yang mahu mengambil peringatan.

Kredit; Walid Yasir Razi & Abdul Halim Abdullah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*