Isu Atomy; Ini pengakuan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah dan Ustaz Syukri Yusoff

Wahhh, hangat betul sehari dua ni kes Atomy dalam medsos terutamanya selepas pendedahan yang dibuat oleh Bro Firdaus Wong dari MRM. Melalui bukti2 yg diperolehi daripada pendaftaran SSM sehingga kepada anugerah yg pernah dimenangi oleh Atomy, Bro Firdaus mengemukakannya sebagai bukti bahawa Atomy adalah sebuah pertubuhan bisnes yang secara terang2 menyokong usaha2 Kristianisasi.

Untuk yang tidak berapa jelas, Atomy Malaysia adalah sebuah syarikat berkaitan bisnes mirip MLM (tetapi tak sama sepenuhnya) yang dipelopori oleh figura-figura dakwah dan motivasi yang tersohor seperti di dalam foto di bawah…

Dan sehingga ‘last update’, sudah 2 figura yg bertaraf duta Atomy sudah menyatakan pendirian masing-masing mengenai komitmen terhadap syarikat tersebut. Jomlah baca utk kefahaman masing-masing, supaya tak tertinggal pulak nanti…

Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah….

Bismillah. Baru-baru ni terdapat isu hangat mengenai produk Atomy dan penglibatan Tok Abah dengan produk tersebut.. Di sini Tok Abah ingin memberi penjelasan tentang isu Atomy ini.
Betul , Tok Abah ialah pengguna produk Atomy. Produknya memang boleh tahan bagusnya. Tok Abah juga merupakan ‘ahli’ dalam sistem Atomy ini kerana untuk membeli produknya, perlu menjadi ahli.

Walau bagaimanapun, Tok Abah BUKAN duta Atomy Malaysia, kerana Tok Abah memang ada produk dan jenama sendiri, Excel Tok Abah (kini sedang mencari stokis & agen ?) Oleh itu , Tok Abah terhalang, tak boleh, dan tak dibenarkan, serta terikat dengan kontrak bersama jenama ‘Excel Tok Abah’ untuk mempromosikan produk jenama lain.

Tetapi, Tok Abah perasan ada pihak yang menyalahgunakan nama Tok Abah untuk mempromosikan produk masing-masing. Produk Jenama Tok Abah ada satu sahaja, ‘Excel Tok Abah’ dari Shafaz Trading sdn bhd.

Jadi, Tok Abah dengan penuh takzim memohon jasa baik dan ihsan para sahabat, anak-anak dan cucu-cucu Tok Abah untuk memahami situasi Tok Abah. Mohon tag kawan-kawan & share post ini supaya pihak-pihak lain tidak menyalahguna nama Tok Abah lagi.

Yang benar, Tok Abah
Mohd Fadzilah Kamsah,
yang memang suka tolong orang , tetapi sering diambil kesempatan.

Ustaz Syukri Yusoff…

Ramai orang menghubungi saya bertanya berkenaan penglibatan saya dalam perniagaan Atomy.
Suka saya jelaskan di sini bahawa saya menjadi ahli Atomy 6 bulan lepas. (tanpa bayaran apa-apa)
Selama 6 bulan ini saya langsung tidak membeli apa-apa barangan Atomy, mengajak kawan- kawan menyertai Atomy dan merekrut ahli Atomy.

Sehubungan dengan itu saya mengharapkan tiada lagi pihak yang mengaitkan saya dengan Atomy .
Untuk makluman, keahlian saya dengan Atomy sebenarnya sudah luput kerana saya langsung tidak aktif dalam tempoh 6 bulan yang lepas.

Kredit; Ustaz Shukri Yusoff

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*