Jika tak kesihankan saya, tolonglah simpati dgn anak-anak saya…

Day 9 : Sejak tengah hari saya men4ngis. Hari ni sepatutnya menjadi hari akhir saya dan keluarga ku4rantin. Tapi panggilan yang saya dapat tengah hari tadi ibarat batu besar menghemp4p kepala. Serta merta saya putuskan hubungan dengan anak-anak. Terutamanya Durrah yang sedang demam.

Saya sudah sampai ke pusat kuarantin. Malam ni tiada lagi air mata. Simptom saya sudah mula memburuk. I’m telling myself, our live here is just temporary. And this time shall pass too. Soon! Have faith!

Ya Allah, tipulah kalau saya tidak terkesan. Tapi saya mohon kalian terus mendoakan. Saya tak pernah rasa s4kit yang macam ni. Sump4h! Sekejap saya sejuk. Sekejap saya panas. Hidung, kepala s4kit. Menyesak rasa panas ke otak. Allah.! S4kitnya.

Saya dengan rasa rendah hati mohon sangat-sangat kawan-kawan, sahabat-sahabat mendoakan saya. Dan yang paling utama doakan anak-anak saya. Alhamdulillah, anak-anak dan Muhd Nur Syafiq negatif kedua-dua ujian sample yang diambil.

Oleh kerana mereka contact rapat dengan saya, sample kali ketiga akan diambil sekali lagi. Dan tempoh ku4rantin mereka dilanjutkan lagi. Saya bersama 2 lagi adik iaitu Zasya Elin dan Iman Zhafri positif c0vid19 selepas sample kedua diambil Ahad lalu.

Saya minta maaf kalau ada whatsapp yang saya tak reply. Saya sangat hargai segala kebaikan dan sikap ambil berat kalian. Tapi saya minta tolong, jangan tanya saya soalan-soalan yang saya sendiri takda jawaban. Kalau tak ada rasa simpati pada saya, lahirkan simpati dan empati pada anak-anak saya…

Kredit; Zaisya Shukor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*