Masya Allah, Tengku Hassanal, Pemangku Raja Pahang bersama Ebit Lew santuni mangs4 banjir

Masya Allah, tak tahu nak cover berita mana satu ni… Namun apa yang pasti kedua-dua insan ini adalah figura yang mendapat tempat istimewa di hati rakyat Malaysia… Tengku Hassanal seperti yang ramai rakyat Pahang sudah maklum mewarisi sifat ayahandanya yang tidak kekok bersama rakyat marhaen dan seorang yang pemurah…

Manakala Ebit Lew adalah insan anugerah Tuhan untuk rakyat Malaysia. Saban hari ada sahaja kisah beliau yang terpapar di medsos yang membuatkan ramai yang teramat kagum dengannya. Menyantuni golongan kurang berkemampuan tanpa lelah dan noktah.

Kehebatan figura masyarakat ini begitu mengkagumkan sehingga Tengku Hassanal pun menjemput beliau untuk bersama-sama dengan baginda di dalam program bantuan banjir. Yang paling mengejutkan ialah dalam masa sehari kira-kira 20 PPS yg dilawati baginda. Lebih mengejutkan lagi, dalam sehari lebih kurang RM 500K tunai disampaikan kepada mangs4 banjir!

Ebit Lew wrote…

Doakan perjalanan kami. Syukur hari ini bersama KDYMM Tengku Hassanal Pemangku Raja Pahang memberi bantuan banjir. Sebak sayu rasa melihat kesungguhan beliau. Setiap hari melawat kawasan banjir. Memberi wang tunai. Sehari lebih kurang 500 ribu cash diberikan pada keluarga dan anak-anak di sana.

Semalam makan bersama Tuanku. Tuanku rasa sedih risau sangat. Sampai tengah malam bincang bersama keadaan orang Pahang. Allahuakbar. Sedih berat ujian. Setiap hari Tuanku keluar awal pagi sampai tengah malam beri bantuan. Sampai lebih 20 pusat bantuan sehari.

Penat tu. Seharian. Subhanallah. Rendah diri sangat dan baik sangat tuanku. Saya rasa kagum dengan tuanku. Malu rasa saya dengan layanan Tuanku. Ya Allah selamat Negeri Pahang dari banjir. Ya Allah selamatkanlah seluruh Malaysia dari Banjir. Ya Allah sayangi dan ampuni kami semua.

Kredit; Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*