Innalillahi wainna ilaihiroji’uun, Kimi, ‘unsung hero’ banjir ditemukan lemas…

Beliau adalah wira yang tidak didendang. Beliau lebih mesra dengan panggilan Kimi. Membantu m4ngsa banjir tanpa rasa lelah dan tidak mengharapkan sebarang upah. Namun, malam tadi lebih kurang jam 10 malam berlaku kecel4kaan bila dia terjatuh sewaktu sedang membawa m4ngsa banjir dan memunggah barang. Dan jas4dnya ditemui pagi tadi…

Al-fatihah buat arwah adik kimi. Semoga apa yang dilakukan selama ini dibalas dengan syurga. Menurut teman-temannya, dia memang kuat dan rajin menolong org kg. Dia dari semalam t0long org kg keluarkan brg2 penting ke tempat yg selamat.

Jam 2/3 pagi dia kejutkan org kg supaya alihkan kenderaan. Hari ini pon start dari pagi lagi t0long angkat brg2 sampailah ke malam. Sebab air makin naik. Tapi malam tadi dia tiba2 terjatuh semasa berada di atas perahu. Dia daduk kat paling belakang dalam bot. Org depan tak sempat tarik. Dia dikatakan mungkin terlalu sejuk & krem kerana dari pagi lagi membantu m4ngsa air.

Kredit; Info Banjir Negeri Kelantan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*