8 tahun sembunyikan pengIslamannya, bila terbongkar dia dihalau keluarga…

Tiada daya kekuatan melainkan daripada Allah… Terkadang, kita yang sudah Islam turun temurun ni tidak nampak sangat menghargai dan mensyukuri nikmat Islam dan iman yang dianugerah oleh Tuhan kepada kita…

Tiada siapa yang menghalang kita daripada mempraktikkan amalan beragama bahkan tiada langsung anc4man dan tidak perlu mempertarohkan nyawa kita untuk menzahirkan amalan seperti kisah sahabat kita di dalam kisah di bawah ni…

Allahu Robbi… Allah telah menerangkan jalan dakwah kami. Semalam, team kami telah berjumpa dengan seorang sahabat muallaf. Beliau telah menyembunyikan pengislamannya daripada keluarga selama 8 tahun. Akhirnya, kisah pengislamannya terbongkar lalu beliau dihalau oleh keluarga.

Sahabat muallaf kita ini berbangsa Iban dari Sarawak. Beliau tinggal di rumah panjang tradisi mereka, di mana sangat susah untuk beliau mengamalkan ajaran Islam. Ayah beliau pula adalah ketua agama mereka di situ.

Selama ini, beliau tidur di Terminal Bersepadu Selatan. Alhamdulillah, kami dapat berkongsi sedikit rezeki dan memberikan bantuan kepada beliau sehingga team kami menjemput beliau untuk ditempatkan di rumah transit kami.

Inilah pelbagai ragam kehidupan manusia. Kami hanya menyampaikan dakwah seperti sunnah Rasulullah SAW, tetapi semuanya adalah di atas taufik dan hidayah daripada Allah SWT.

Kredit; Inspirasi Mualaf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*