Bukan semua PHD holder setuju P/Raya cepat, 222 pemegang ijazah dari PINTAR tolak PRU dlm masa terdekat…

Di atas inisiatif Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) yang saya adalah Presidennya, maka kami selaku 222 pemegang ijazah PhD dari seluruh negara seperti senarai di bawah:

(1) Merafak sembah takzim dan menyatakan sokongan penuh terhadap kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah memberi perkenan terhadap keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif COV1D-19 harian yang telah mencecah empat angka secara berterusan sejak bulan Disember lalu.

(2) Menyanjung tinggi keputusan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait selain memberi budi bicara kepada Jawatankuasa Bebas ini untuk mengesyorkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal daripada tempoh pelaksanaan darurat yang ditetapkan, sehingga 1 Ogos 2021.

(3) Menolak sebarang cadangan supaya PRU 15 dilangsungkan dalam waktu terdekat di samping mengecam sebarang usaha untuk memaksa PRU 15 dilangsungkan dalam waktu terdekat selaras dengan kegusaran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap kenaikan mendadak angka j4ngkitan COVID-19 dan kesan bencana banjir di negara ini yang sekiranya tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan maka ianya akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara.

(4) Meminta semua pihak tidak mempersoal apalagi mencabar pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia hanya dibuat setelah Seri Paduka Baginda merundingkannya dengan Raja-Raja Melayu serta memperhalusi penjelasan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin,

Dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Bin Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Bin Harun; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Bin Salleh; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bin Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Haji Affendi Bin Buang.

Kami dimaklumkan bahawa lebih ramai lagi sebenarnya pemegang ijazah PhD yang mahu bersama-sama dengan kami di dalam menyokong kenyataan ini kerana ia tidak lain tidak bukan adalah penzahiran hasrat majoriti terbesar rakyat negara ini.

Sila rujuk pautan Pertubuhan Intelektual Negara  untuk senarai penuh 222 pemegang PHD tersebut…

Yang Menyembah Maklum,
Prof Dr Mohd Roslan Bin Mohd Nor,
Presiden, Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR).

Sumber; Dr. Kamarul Yusoff

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*