4, 029 kes hari ini! Tabahlah wahai frontliner, insaflah wahai rakyat semua…

Anda boleh berseronok tanpa sedikitpun ada etika untuk menghentikan rantaian Covid. Rakan-rakan sekerja kami bertarung dan ada yang tumbang. Kami menerima semua ‘hasil sumbangan’ anda setiap hari di hospital.

Apabila anda tidak serius mengamalkan SOP, anda memberi ‘peluru hidup’ kepada virus untuk frontliner ditembak. Mereka yang serius pula menjadi perisai kepada kami dan sungguh kami hargai. Terima kasih atas budi baik anda.

Sebenarnya hanya anda sahaja yang boleh memenangkan perang ini, bukan kami. Kami hanya menguruskannya sahaja.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*