Perginya seorang lagi FRONTLINER di medan juang…

Kami baru menerima khabar kem4tian Almarhum Dr Ali Noor Hassan melalui laman Facebooknya. Arw4h merupakan ahli berdaftar SPJM dan telah mengikuti SPJM sejak tahun 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jen4zah SPJM di Surau Quba Sentul pada 2 tahun lepas.
Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sak1t kerana beb4n kerja terlalu pen4t dan let1h, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani kovid-19. Beliau tertidur ketika bertugas dan pengs4n.
Dr Ali juga dikhabarkan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai Ijtimak / perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah. Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.
Sekali lagi SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah selepas pemergian Pengerusi SPJM Negeri Kedah, Tn. Hj. Habibullah pada hari Jumaat lepas.
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya.
.
Sumber :SPJM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*