[Video] Lebih dari 30 tahun dia beri kucing Masjidil Aqso makan, namun akhirnya dia pergi jua kerana C0VID-19

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Haji Ghassan Younes, seorang lelaki Pales.t1n yang digelar “Abu Hurairah Al-Aqsa” yang telah lebih daripada 30 tahun memberi makan kepada banyak kucing di Masjidil Aqs0 dikhabarkan telah pergi mengadap Ilahi kerana C0VID-19.

Bukan sahaja kucing bahkan burung2 yang berada di dalam kawasan Masjidil Aqsa juga turut diberinya makan. Kebiasaannya beliau menaiki bas dari kampungnya yang sangat jauh untuk solat subuh di Masjidil Aqsa, kira-kira dua jam dari Baitulmaqdis. Inilah rutin beliau setiap hari sejak tiga puluh tahun yang lalu sehinggalah dua minggu yang lalu apabila beliau telah mula dij4ngkiti wab4k corona virus.

Selain itu, dia juga sering memberi hadiah kepada anak-anak yang berkunjung ke Masjidil Aqsa. Di dalam begnya ada hadiah untuk anak-anak Al-Aqsa.. dan di tangannya ada makanan untuk kucing dan burung di Al-Aqsa.

Semoga Allah mengasihani dia, dan diletakkanlah dia bersama orang-orang yang beriman. Jom tonton video…

Kredit video; DOAM

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*