Kedai makan dan perniagaan larang frontliner beli barang adalah suatu PENGH1NAAN

CHANGKAT JERING: Pemilik perniagaan dan premis makanan diminta tidak bersikap negatif dan salah faham terhadap petugas barisan hadapan sehingga tidak membenarkan mereka untuk membeli barang keperluan atau makanan.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, persepsi atau stigma salah itu tidak menunjukkan rasa hormat dan simpati kepada mereka yang bertungkus lumus memutuskan rantaian C0VID-19.

“Ada beberapa buah kedai yang kita laporkan ada stiker dimana tidak membenarkan kakitangan Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA).

“Itu satu pengh1naan kepada mereka yang tidak bersalah, sebab yang datang barangkali dia bukan ada apa, yang kuar4ntin orang dalam penj4ra, yang keluar ini adalah petugas dan sebagainya dan sebahagiannya mereka yang telah tamat kuar4ntin,” katanya selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Changkat Jering, Taiping.

Menurut Datuk Saarani, beliau menerima laporan wujud persepsi yang salah dalam kalangan masyarakat setempat terhadap petugas barisan hadapan sama ada anggota polis, bomba, kakitangan penjara atau sukarelawan Malaysia (RELA).

Tegas beliau, ia adalah sikap yang salah, memalukan serta mengh1na anggota pasukan beruniform tersebut. Tambahnya lagi, rakyat harus bersyukur dan lebih menghormati petugas barisan hadapan kerana mereka juga perlu keluar dan membeli makanan untuk keluarga.

Beliau mengulas mengenai laporan daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Taiping mengenai halangan yang dibuat di beberapa premis makanan serta kedai runcit sekita Taiping yang tidak membenarkan petugas Penjara Taiping serta KEMTA untuk masuk ke kedai mereka.

Ia susulan KEMTA yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 30 Disember hingga 12 Januari lalu. PKPD juga dilaksanakan di Penjara Taiping dan kuarters kakitangannya bermula dari 26 Januari hingga 8 Februari.

Kredit; AlHijrah Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*